Saturday 19 November 2016

Sunway Resort Hotel & Spa Review (Day 1)



Tahun ni, syarikat saya telah buat "Family Day 2016" sekali lagi di Sunway Resort Hotel and Spa, bersebelahan dengan Sunway Piramid. Sepanjang 6 tahun berkhidmat di syarikat ini, ini kali yang kedua Sunway Resort Hotel & Spa ini dipilih. Jom saya share ape yang menarik sepanjang retreat kami ni.

Walaupun cuaca hujan dan condition badan tak berapa sihat sejak dua menjak ni (demam panas la katakan), kami sekeluarga bergerak dari Kajang pada jam 7.50 malam dan selamat sampai pada jam 8.35 malam, mengikut tunjuk ajar daripada Mahaguru Waze.

Hotel ini agak unik dimana Lobby terletak di tingkat 13 dan bilik-bilik penginapan terletak di tingkat yang lain. Parking pula agak banyak, tapi banyak orang yang parking kat sini untuk berjalan-jalan shopping. Huhuhu..

 
Senyum sambil menaiki lift ke lobby... Sorry la tangan menggeletar sikit... Dukung Irfan yang tgh tidow..

 
Main Lobby yang kelihatan begitu wow sekali...

 
Tempat reseptionist pon boleh tahan hebat... Grand sangat nih... Patut la mahal...

 
Condition lift untuk turun ke bilik.... Yep, turun, bukan naik ya?

 
Menghala ke bilik yang telah ditetapkan oleh syarikat...

No bilik kami sepanjang tempoh 3 hari ni... No 704.. Nombor bertuah nih... Hohoho~~ 


Mesti korang nak tau kan bilik camne yang kitorang dapat? Meh sini saya belanja gambar satu kali. Kamar tidur dan juga kamar termenung~

          
Koleksi gambar-gambar yang dapat ditangkap sebelum diterjah oleh Irfan dan mummynyer...

    
Cubaan meletakkan Izzat dalam Baby pen.. Hmm... Senyum sokmo dier nih... Abang Irfan pon tumpang satu kaki...

 
Family Photo sebelum turun makan malam bersama rakan sekerja..


OK.. Cukup dulu gambar disitu, jom kita ke tempat pertemuan dan makan kat Level 1, Restaurant Fusion!! So, sebagai pembuka bicara, nak saya post yang mana satu dulu? Gambar family atau gambar makanan? 

Konpius ni. So, disebabkan untuk elakkan konpius yang berpanjangan, saya post jela gambar Family dulu. Family first la katakan. Hahahaha ~

 
Bergambar kt depan restaurant... Kemudian... Gambar makanan plak~~

                    


Hahahahaha.. Banyak sangat kan makanannya? Sumpah tak tau nak start dari yang mana dulu, semua sodap-sodap belake. Orang cakap, carik yang kita jarang makan, mencuba sesuatu yang baru. 

So, saya pilih.. Jeng jeng jeng..

 
Ni jee~~~ cukop la kan? hehehehe...

 
So, makanan dah amik, bagi wife plak yang amik... Senyum dia bila saya dh sampai... hik hik hik..


So, bila perut sudah kenyang, hati sudah gembira, kitorang pon berjalan menghala ke bilik semula. Preparation untuk event esok plak; ada Telematch dan Theme Park~ 

Tp sayang, saya tak dapat nak join Theme Park sebab saya ada tugasan syarikat diluar. Hmm.. So sad.

 
Berlari-larian bersama-sama dengan mummy kat depan pintu bilik... Hahaha...


Sampai disini saja coretan saya pada malam ini. Dah kol 3 pagi dah pon, so saya meminta izin untuk beradu diatas katil yang empuk, lazat, lemak berkrim lagi disukai ramai ini. 

Kalau nak tahu tentang kos penginapan, makan-makan, dan sebagainya, Insyaallah saya akan share pada hari yang ke-3 nanti.


Selamat Malam Semua~ Eh, Selamat Pagi Semua~

No comments:

Post a Comment