Monday 14 November 2016

Seoul Garden Steamboat Review

 

Baru-baru ni, saya berkesempatan untuk merasa makan steamboat kat Seoul Garden Restaurant. Sebenarnya sama je dengan kedai steamboat yang lain, tapi ape yang special tentang Seoul Garden ni? 

Jom saya review dan bongkar rahsia kejadian pelik ni. Cheeeewaaaahhhh..

Restaurant Seoul Garden ni tak banyak ada di Malaysia, kurang dari 50 outlet sahaja. Yang kami pergi ni kat AEON Mall Shah Alam. Time tengah jalan-jalan plak boleh terjumpa. Mata isteri plak bersinar-sinar bak cahaya.


~ Seoul Garden Steamboat Review - Specialty ~

Dengan berbelanjakan RM 36 untuk orang dewasa, RM 18 untuk kanak-kanak (bukan member, kalau member lagi murah), apakah yang special tentang restaurant ini? Jeng Jeng Jeng... 

Sos yang disediakan mengikut selera tekak masing-masing. Sos Thai ada, Sos Korea ada, Sos Cili biasa ada, dan cili potong juga ada. Macam-macam ada.

 
Kepelbagaian jenis sos yang disediakan...

        
Koleksi makanan yang ada, dari bahan mentah, ke sushi, ke ready cooked food, ke desert.. Vauu!!

    
Bersama Mummy & Aunty yang xsabar-sabar nak makan.. membawa si kecik Izzat berjalan-jalan..

 
.Makanan dah amik, tp supnya xsampai lg... Ada 2 jenis sup; Tomyam atau Sup Ayam... 

 
Kami amik sup ayam... BBQ pon buley kat tepi bekas sup tu~~ Dan beroperasi untuk memakan semua makanan yang ada...


~ Seoul Garden Steamboat Review - Lokasi ~

So, kalau nak mencari senarai kedai restaurat yang ada kedai ni, list nya seperti dibawah..

Lembah Klang
1. IOI City Mall, Putrajaya
2. 1 Utama Shopping Complex, Damansara
3. Setapak Sentral, Setapak
4. Sunway Putra Mall, Jalan Sunway
5. Sunway Piramid Mall, Bandar Sunway
6. IOI Mall, Puchong
7. Setia City Mall, Shah Alam
8. Star Avenue, Shah Alam
9. D' Pulze Shopping Centre, Cyberjaya
10. Paradigm Mall, Kelana Jaya
11. The Mines, Sri Kembangan
12. AEON Mall Shah Alam

Negeri Sembilan
1. Palm Mall, Seremban

Penang
1. Plaza Gurney, Persiaran Gurney
2. Auto-City, NKVE Juru Interchange
3. Queensbay Mall, Bayan Lepas
4. Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya
5. 1st Avenue Mall, Jalan Magazine

Melaka
1. Mahkota Parade, Jalan Merdeka
2. The Shore @ Melaka River, Jalan Persiaran Bunga Raya

Johor
1. City Square, JB
2. KSL City, JB
3. Angsana Mall, JB

Perak
1. AEON Mall Kinta City, Ipoh
2. Taiping Mall, Taiping

Kedah
1. Aman Sentral, Alor Star

Kelantan
1. KB Mall, Kota Bharu

Terengganu
1. Paya Bunga Square, Mukim Bandar KT

Pahang
1. Berjaya MegaMall, Kuantan

Sarawak
1. Permaisuri Imperial City Mall, Miri
2. Vivacity MegaMall, Kuching

Sabah
1. Imago Mall, Kota Kinabalu
2. 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu


Selamat Menjamu Selera~~~

No comments:

Post a Comment