Monday 12 December 2016

Krabi Review : 4 Islands (Chicken Island)

Setelah kami melawat Tup Island, pihak travel membawa kami ke destinasi yang seterusnya. Untuk pengetahuan yang pertama kali melihat post ini, ini adalah berkenaan dengan percutian sekeluarga di Pulau Krabi, Thailand. Post yang pertama berkenaan dengan 4 Islands dan juga harga dalam Bhat boleh didapati di penghujung post.


Kalau dilihat dengan teliti, bentuk pulau di belakang amat menerupai seekor ayam.. Yep.. Betapa besarnya ciptaan Yang Maha Esa sehingga kita dapat melihat kejadian yang begitu indah sekali.. Camne plak pemandangan dari jarak jaoh?

   
Cam bentuk unta pon ada... Hmm... Ok la... Ciken pon ciken la...

Dekat sini xde aktiviti pasir yang boleh dilakukan.. Hanya aktiviti yang super seronok jer yang boleh dilaksanakan kt sini... Iaitu Snorkeling!! Syiok wehh...

    
Rendamkan kepala jer dh nmpk ikan-ikan kt sekitar ni..

Ada sorang pakcik ni yang ikot sama-sama satu boat.. Dia bawak roti sama2.. Time pakcik ni masok dengan roti, melompat-lompat ikan nk makan.. So, kepada sesiapa yang suka tengok ikan berebut makanan kt tangan, bawa la roti ya?

Post kali ni xada banyak gambar sangat sebab sibuk bersnorkeling dan bergembira main dengan Irfan... Ada pantang larang bila sampai kt sini, so kne ikot peraturan sikit.. Dilarang berenang dan snorkeling di kawasan berhampiran dengan gua / dinding bukit sebab banyak barang yang tajam, yang boleh mencederakan life vest..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan post 4 Island yang pertama (beserta harga), sila klik >>disini<<

Post yang seterusnya adalah 4 Island - Poda Island.. Stay Tune~~

No comments:

Post a Comment