Monday 23 January 2017

Sri Sayang Apartment Penang Review

Hotel ni saya book melalui Booking.com, tapi tak sangka banyak sangat hidden charge yang kitorang kena bayar bila duduk kat hotel ni. Perkara ni memang betul-betul berlaku, saya takde mereka sebarang cerita mahupon memburukkan sesiapa. 

So, jom saya review ape yang berlaku sebenar-benarnya pengalaman saya bila duduk di Sri Sayang Apartment Penang ni.

 

Lokasi apartment ni agak susah nak carik kalau dari Tanjung Bungah. So, kalau nak menghala ke sini, bole guna WAZE. Jadi, apakah yang menjadi pengalaman perit kitorang ni?

Pertama skali, bila masok je kat guard dier, dah kena bayar parking charges, lebih kurang RM 20 sehari. Kitorang cam terkedu kejap.

Kedua, bila dah sampai je kat sana, kena call owner bilik. Diorang soh naik ke tingkat 6, sebab bilik yang kitorang book tu kat tingkat tu. Bila naik, pekerja dier jumpa ngan kitorang kat depan bilik. 

Since kitorang guna Booking.com, pembayaran adalah menggunakan tunai atau cash. Harga asal bilik RM 90, then pekerja tu cakap yang kitorang kena bayar RM 100 sebab RM 10 tu kne bayar untuk Booking.com. Kitorang cam terkedu untuk kali yang kedua.

Ketiga, yang ni paling tak masok akal. Ade pulak pekerja dier mintak untuk bayar GST skali. GST 6%, maksudnya kne bayar RM 6.00. Saya bagi la total dalam RM 110 (Sepatutnya RM 106), mintak resit. Tapi yang paling best nyer sampai kesudah mamat tu tak sampai-sampai dengan resit & duet baki. Kali ni bukan je terkedu, memang sentap habis la.

Sentap nyer pasal, lupa nak review tempat ni. Hahahaha. So, bilik dalam apartment ni ada dalam 2 bilik, dimana setiap bilik dibekalkan dengan katil queen setiap satu. Bilik air pon ada dalam 2.

       

Hurm! Memang tobat lahum tak kan datang stay kat sini lagi. Biarlah gambar-gambar kat atas ni menjadi kenang-kenangan yang berharga dan bernilai bagi kami sekeluarga..

Dengan keadaan yang sangat stress, saya mengundurkan diri ni tanpa membuat sebarang perkara yang tidak di ingini...

Wassalam~~

2 comments:

  1. kalo iolsss, memang no way la nak bayo rm 16 tuuu eee kuaja beliau. sebaik kita tak ikutttttttt kalo tak mengamok dah kita hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penuh dengan cabaran bila kena bende2 camni.. Sabau jela, xnk pegi lagi dah..

      Delete