Thursday 12 January 2017

Family Trip : Naik Feri di Penang (termasuk Masa dan Harga)

Banyak post menceritakan tentang pengalaman menaiki Ferry kt Pelabuhan Sultan Abdul Halim di Georgetown (Mainland) ke Pelabuhan Raja Tun Uda di Butterworth (Pulau). So, saya pon mengambil kesempatan dan memanjangkan kaki membawa seisi keluarga untuk menaiki feri ni..

 
Menurut kepada informasi yang telah disediakan, feri ni mempunyai masa operasi yang tertentu. Feri yang bergerak hanyalah 4 buah sahaja, dimana masa kehadiran di setiap pelabuhan adalah selang 20 - 30 minit. So, masanya operasinya adalah seperti dibawah.

Dari Pelabuhan Sultan Abdul Halim, Georgetown (Mainland)
Feri Pertama : 5.20 pagi
Feri Terakhir : 12.10 pagi

Dari Pelabuhan Raja Tun Uda, Butterworth (Pulau)
Feri Pertama : 5.40 pagi
Feri Terakhir : 12.40 pagi (Dijangka tiba pada jam 1.00 pagi).

Sebelum saya share tambang dier, saya share dulu gambo-gambo kenangan kitorang semasa menanti ketibaan Feri di Pelabuhan. Nasib baik datang time bukan cuti sekolah (Weekday lagi tu), so xde la sesak sangat... Tp menunggu pon lebih kurang 30 minit gak la... 

 
Anakanda Irfan tertidur keletihan menanti giliran nak naik feri..

 
Anakanda Izzat pon tertidur dalam kereta.. Maklumla, baru nk masuk 3 bulan.. Huhuhu..

Memang kuat angin laut bila kt atas Feri ni.. Terasa cam nak terbang keluar je.. Walaupon panas terik, tapi angin laut ni sangat sejuk dan sangat sesuai untuk melelapkan mata.. Hehehe...

      
Pemandangan lautan dari atas Feri...

 
Gambar si manja yang keletihan... Bawak dier naik feri jalan2.. Hehehe..

 
Sesi bonding mommy & anak.. Ehemm... Aik.. Asal ade Anti-Wawa dan Anti-DJ nih?

  
Ada budak ni bangun2 je tidow terus serang kedai yg kt atas feri.. Dapat la beli gula2.. Nasib baik mommy dier yang bayau... Hehehe...

 
Orait.. 30 minit dh berlalu atas Feri.. Jom sambung drive ke dalam pulau!


Ok... Dah puas dh share gambo... Fuh! Next is harga untuk naik Feri plak... Harga untuk naik Feri ni ikot kategori.. Bukan semuanya flat rate ye? So, meh sini saya share sikit harga kalau naik kenderaan dulu...

Berbasikal : RM 1.40
Motorsikal : RM 2.00
Trishaw / Beca : RM 3.30
Kereta (semua jenis) : RM 7.70
Lori 4 tayar : RM 13.20
Lori 6 tayar : RM 27.50


Adakah pejalan kaki dikecualikan? Nak tau jawapan? Meh tengok bawah ni...

Pejalan kaki (Dewasa) : RM 1.20
Pejalan kaki (Kanak-kanak) : RM 0.60

Hahaha... Xfree ye... Kalau nk amik pas bulanan pon boleh untuk pejalan kaki.. Harganya?

Pass Bulanan (Dewasa) : RM 30.00
Pass Bulanan (Palajar bawah 21 tahun) : RM 6.00


Naik feri ni memang satu pengalaman yang unik sebab xsemua tempat ada feri yang bawa kenderaan.

So, saya dah try.. Anda bila lagi?

No comments:

Post a Comment