Wednesday 18 January 2017

Tips Rancang Perjalanan

Salam semua.


Dalam post ni, saya akan kongsi beberapa tips rancang perjalanan menerusi pengalaman yang baru saya harungi dalam memastikan semuanya "in order atau in place" sebelum pergi bercuti.

Semua orang memang inginkan percutian yang sangat sempurna, tanpa berlaku sebarang masalah di sepanjang percutian korang. Banyak tempat yang korang nak tengok, tapi korang tak taw mana nak pegi dulu kan?


Seperti yang telah saya maklumkan di tajuk utama, Masa dan Waktu adalah sangat penting untuk merancang perjalanan kita walaupon maksudnya lebih kurang sama. 

Secara ringkasnya, Waktu merujuk kepada keadaan destinasi yang korang nak tuju dan Masa tu merujuk kepada jam berapa dan sebagainya.


 


Tips Rancang Perjalanan - Travel Guide vs Travel Alone ~

Sudah menjadi kebiasaan bahawa tangan kita menjadi gatal disebabkan banyak promosi-promosi yang ada, lebih-lebih lagi di dalam Media Social seperti Facebook, Instagram, etc. 

Walaupun murah tetapi tidak memeningkan kepala disebabkan semuanya sudah diatur rapi oleh travel guide. Masa korang berada di sesuatu tempat juga adalah terhad, takkan puas berjalan.

Sekiranya korang ingin travel tanpa menggunakan travel guide, korang kena plan aktiviti korang dengan sepenuhnya dimana korang kena banyak mentelaah internet, blog-blog dan juga laman web rasmi tempat yang korang nak tuju. Kat sana korang boleh check aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat.

Sebagai contoh, pada bulan 3 nanti saya akan ke Kuala Terengganu dan seterusnya melajakkan kaki ke Pulau Redang. So, ape aktiviti yang saya boleh buat di Kuala Terengganu dan Pulau Redang? Dimanakah tempat-tempat yang menarik, menjadi pusat tumpuan para pelancong? 

Semuanya harus diatur dengan teliti supaya, masa dan waktu supaya semuanya berjalan dengan lancar.

 


Tips Rancang Perjalanan - Pergerakan dengan kenderaan ~
Segala pergerakkan korang nanti harus di rancang. Gunalah Google Map atau WAZE terlebih dahulu untuk merancang perjalanan korang. Kenali tempat parking, tempat berhenti atau drop zone, tempat melepaskan hajat (Ehem Ehem..). Penting tu oiii! Kalo tak dapat lepas hajat, mau tergendala segala planning yang kita nak buat sebelum ni.

Sebagai contoh, Pekan Kuala Terengganu menghala ke Jeti Merang mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Kalau bot menghala ke Pulau Redang ni bertolak kol 10 pagi, jam bape korang kena bertolak dari Kuala Terengganu?


 


Tips Rancang Perjalanan - Rehat yang secukupnya ~
Kalau korang berjalan, rehat yang secukupnya adalah sangat penting untuk korang memulakan aktiviti yang telah dirancang pada hari yang berikutnya. 

Memang sesetengah tempat hidup di waktu malam, tetapi korang kena ingat bahawa sekiranya korang tak dapat rehat yang secukupnya, korang akan sentiasa dalam keadaan yang letih disepanjang perjalanan percutian korang.

Dengan mengamalkan tidur yang secukupnya, korang akan lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti keesokkan harinya. So, sekarang ni berapa lama untuk korang dapatkan rehat yang secukupnya? 

Ada yang 6 jam, 8 jam, dan ada yang 12 jam. Semuanya bergantung kepada daya ketahanan masing-masing serta planning yang telah korang rangka.


 

2 comments:

  1. thanks for sharing..tips yg bagus..

    tidur mencukupi tu penting, tp kdg2 x cukup tido, nk kejar early train/flight..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat yang sangat baik nohas. Memang menjadi rutin kalau kita travel di perantauan untuk mengejar waktu.

      Terima kasih atas info diatas.. :)

      Delete