Wednesday 1 February 2017

Cendol Durian Dengkil Review

Memang seronok kalau panas-panas ni dapat makan something yang sejuk, yang dapat meredakan tekak yang teringinkan sesuatu yang manis ala-ala ABC. Haa, saya tau! Jom kita makan Cendol Durian Dengkil!

 

Kedai Cendol Durian Dengkil ni sebelumnya dikenali sebagai "Cendol Durian Borhan Dengkil". Sebelum ditukar nama mahupon selepas ditukar nama, rasanya tetap sama.

 
Pandangan cendol durian dari jaoh. Dah menarik dah tu..

Cendol Durian Dengkil ni memang menjadi rebutan peminat cendol-cendol yang mahukan kelainan, iaitu isi durian. Isi durian yang ada kat cendol ni sebenarnya telah diproses untuk memastikan ianya tahan lama.

 
Pergh. Tangkap leleh weh..

Warnanya juga tak seperti warna durian yang asal, tetapi yang penting sekali adalah rasanya. Memang tak dapat dinafikan bahawa rasanya setanding dengan rasa durian yang belum diproses.

Selain dari pelbagai jenis Cendol, Cendol Durian Dengkil juga menyajikan pelbagai jenis makanan seperti nasi ayam, mee kari dan macam-macam lagi.

 
Mee Kari. Isi nyer tak berapa banyak, sekadar santapan pembuka saja. Hehe..

 
Nasi ayam. Untuk perut yang seumpama buaya ni, memang xpuas makan. Rasanya biasa-biasa saja..


Bila dah puas tengok gambar makanan, mesti nak tau harga plak kan? Meh sini saya share harga makanan di sini.

 

Harga nya biasa-biasa sahaja, tak la terlampau mahal, tak la terlampau murah. Cuba lah, garenti nak lagi punya lah..

No comments:

Post a Comment