Thursday 2 February 2017

Puffy Buffy Cyberjaya Review

Di dalam kesibukan Bandar Cyberjaya ni, hanya Puffy Buffy Cyberjaya saja yang mampu memuaskan nafsu makan saya yang membuak-buak sejak dua menjak ni. Apa yang best sangat bangat kat Puffy Buffy Cyberjaya ni?

 
Kalau nak ke kedai ni, dia sederet dengan Salam Noodle dan juga Bank Islam, hujung nun jauh disana. Senang je nak carik, WAZE kan aje.

Kawasan dalaman kedai ni sangat menarik dan agak special disebabkan penuh dengan kata-kata yang menyebabkan anda berasa tenang dan lapar membuak-buak. Hahaha..

     
Nampak tak cara marketing diorang? Lets Puffy Buffy tu~


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - Menu ~
So, kitorang pon ape lagi. Order la makanan~ Makanan ape plak yang ada kat sini?

        

Yang mana satukah menjadi pilihan hati?


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - Ice Blended Oreo ~
Walaupon kita boleh carik Ice Blended Oreo dimana-mana saja, tapi Ice Blended Oreo ni terbukti lebih sedap, lebih manis dan juga sangat banyak dengan Oreo. Siap ade taburan oreo hancus lagiteww~

  


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - Nasi Goreng Pineapple ~
Nasi Goreng Pineapple ni nampak cam biasa, tapi bila sekali makan, rasa pineapple dier memang ketara. Memang banyak nenas yang diletak kat dalam nasi goreng ni.

  


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - ABC Biasa ~
Mungkin korang rasa yang ABC Biasa ni cam ABC tepi jalan kan? Salah! Fikir balik bila korang tengok gambar ABC diorang kat bawah ni~

  
Hamik ko! Punya lah besau~

 
Tenungan menusuk kalbu tak sabar-sabar nak makan..


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - Fried Chicken Chop ~
Set Fried Chicken Chop yang disediakan oleh Puffy Buffy Cyberjaya ni memang sangat menarik. Saladnya yang segar, kuah black paper yang sangat menyelerakan dan siap ada homemade mash potato lagi tu. Memang terbaik!

    


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - Grill Chicken with Cream Mushroom Sauce ~
Apa yang menarik tentang menu ni adalah rasa Cream Mushroom Sauce yang sangat lazat hingga menjadi rebutan kami semua. Ayam pula di grill dengan sempurna dan sangat lembut.

    


~ Puffy Buffy Cyberjaya Review - Sirloin Beef Steak ~
Sebenarnya si isteri memang nak repeat makanan steak di mana-mana kedai, so dia pon order la Sirloin Beef Steak di Puffy Buffy Cyberjaya ni. Dagingnya dimasak dengan cara grill, dan sangat lembut serta juicy. Tapi tak dapat nak challenge Laman Grill~

   


Menarik bukan? Memang makanan di sini sedap-sedap, dan tak rugi untuk invest dalam makanan yang sedap walaupon sedikit mahal (sama je harga kat luar tu).

  

Kitorang makan dulu. Jumpa di post yang seterusnya~

No comments:

Post a Comment