Thursday 9 February 2017

Restoran Seafood Buntal Kuching Review

Setiap orang gemarkan makanan seafood yang sedap di setiap negeri, kan? Tapi di Kuching ni dimana yang sedap? Salah satunya ada di Buntal, Kuching!

 
Nama kedainya Makanan Laut Lim Hock Ann Seafood. Walaupon tokey dia orang cina, tapi tukang masaknya adalah Melayu!

Jom kita tengok jenis seafood ape yang ada kat sini.

 
Big boss tengah pilih ikan yang segar untuk menjadi santapan makan malam kami.

     
Koleksi makanan laut yang sedia untuk dimasak mengikut citarasa kitorang..

 
Time-time pusing belakang, nampak plak Young Coconut. Memang menjadi pilihan hati la~~

Bila dah siap pilih menu, kitorag pon bergerak ke ruang makan. Memang besar ruang makan dia, tambahan pula sebelah laut, memang dapat menghirup udara segar dari pantai.

  

Time kitorang datang ni dalam kol 8.30 malam, dimana diorang tutop kedai dalam kol 10 malam. Maksudnya, kitorang ada masa sejam setengah untuk menghabiskan makanan. 

Tunggu dalam 5 minit, satu demi satu makanan sampai~


~ Restoran Seafood di Buntal Kuching - Pucuk Paku Tumis ~
Sayur kena ada untuk balance balik pemakanan kita, juga sebagai serat untuk mengenyangkan kita dari makan nasi dengan banyak.

 


~ Restoran Seafood di Buntal Kuching - Shark Fins Soup ~
Sebagai appetizer, Shark Fins Soup ni boleh dikategorikan sebagai sejenis makanan yang membuka selera. Kat kedai ni, Shark Fins Soup ni agak tebal rasanya.

  


~ Restoran Seafood di Buntal Kuching - Butter Prawn ~
Butter prawn memang wajib kalau korang pergi ke mana-mana restoran seafood. Kat kedai ni, udang dia memang disiang dengan membuang bahagian belakang setiap udang.

Maksudnya, diorang ni memang tahu cara nak menyiang udang, bukan siang ala kadar jer potong sana sini.

 


~ Restoran Seafood di Buntal Kuching - Sotong Goreng Tepung ~
Sotongnya memang sudah dipotong siap-siap (kalau tengok balik gambar makanan mentah atas tu). Disebabkan faveret saya, saya request untuk goreng tepung. Hehehe..

Walaupon namanya goreng tepung, tepungnya bukan tepung semata. Ada juga sayuran dimasukkan dalam tepung ni.

 


~ Restoran Seafood di Buntal Kuching - Ikan Steam ~
Memang fresh sangat-sangat ikan ni. Bila dimasak steam, naik rasa manis ikan tu. Bila masuk dalam mulut, pergh, memang sedap.

  


~ Restoran Seafood di Buntal Kuching - Young Coconut ~
Isinya sangat tebal dan air kepalanya sangat banyak. Dah tak tau nk tulis ape, tapi memang best bila makan dengan seafood.

  

Jumpa lagi di post yang akan datang~

No comments:

Post a Comment