Thursday 16 March 2017

DownTown Semenyih Review

Setiap hari dihadapan Tesco Semenyih bermula pada jam 2 petang akan bertukar menjadi tapak DownTown Semenyih sehingga ke lewat malam, dimana ramai peniaga-peniaga akan membuka kedai makan yang sedap-sedap disini.

 

Ada ke kedai yang menarik yang boleh menjamu selera buaya kami ni? Jom saya share satu-per-satu kedai-kedai atau gerai-gerai yang kami singgah untuk mengalas perut ni.
~ DownTown Semenyih Review - Abang Aji Street Line ~
Nama kedai pon dah bunyi cambest. Kedai ni menyediakan masakan nasi lemak berlauk, mee rebus, mee kari dan juga nasi tomato.

 

Harganya pula harga standard, tapi adakah makanan dier juga standard? Ataupon makanan dier luar biasa?

  

Untuk kali ni, kitorang makan Nasi Lemak dan juga Mee Rebus~

 

Untuk nasi lemak berlauk ni (lauk ayam), harga dia RM 5.00, tambah RM 3.50 dari harga nasi lemak biasa. Tapi tak paham betul kenapa si Najwa ni xamik sambal dier..

  

Yang atas ni plak Mee Rebus diorang. Kuahnya tak la terlalu pekat, dan tak la terlalu cair. Maksudnya, kuahnya disediakan secukup rasa. Ada telur, kentang, taugeh, mee dan semestinya limau nipis~

 

Yang best sekali, Izzat pon turut makan sama bila tengok orang lain makan. Bukan makan mee rebus or nasi lemak, tapi makanan beliau sendiri~~

 

Err.. Nape ngan muka si Najwa tu??

Ok, jom kita ke next location~~


~ DownTown Semenyih Review - Pelangi Coconut Shake ~
Bila jumpe ke kedai Coconut Shake, mesti nak try. Tak taw la nape, mungkin nak merasa dan membandingkan dengan Coconut Shake Klebang kot~

  

 

Haa.. Dah siap dah coconut shake~

Orait, next location~~


~ DownTown Semenyih Review - Che Su Sate Ikan ~
Seryus memang sedap sate ikan kat sini. Rasanya memang penuh dengan rasa ikan, berbanding dengan rasa tepung kat tempat lain~

  

Sos dier plak dibahagi kepada 2 jenis, samada nak pedas ataupon tak. Nak campur pon boleh~

 

Kitorang siap singgah lagi untuk kali ke dua, kali ni beli banyak sampai RM 6.00.


~ DownTown Semenyih Review - Nabil Rojak ~
Kedai rojak mamak, dimana yang paling best nyer adalah kuah dier. Kuah dier memang sedap~

  

Amboih.. Siap posing lagi tu~

Nak lagi best? Wife siap mintak itu, mintak ini, taknak itu, taknak ini lagi tu.. Ahahaha~~

 

Orait, tak lama pon tunggu maka sampai la rojak special yang diorder oleh si isteri. Rupanya cam kat bawah ni~

 

Banyak gak la yang dier tak nak, sampai je rojaknyer, begini la rupa jadinya bila macam-macam taknak.. Hahaha~

Hanya penuh ngan cucur udang dan kentang saja~


Orait, sampai di sini saja. Sebenarnya banyak lagi kedai yang menyediakan hidangan goreng-goreng cam pisang goreng, cokodok, dan macam-macam lagi.

Tapi yang atas tu dah biasa kan? So, saya share je yang biasa juga, tapi bukan yang goreng-goreng~

Jumpe lagi~~

No comments:

Post a Comment