Monday 27 March 2017

Google Malaysia Review

Salam sejahtera semua!

Akhirnya, antara post yang saya suka sangat, iaitu pergi melawat tapak Google Malaysia yang terletak di KL Sentral tu sendiri~

 

Diorang sebenarnya baru saja pindah ke sini dalam suku ke-3 tahun 2016, so diorang nyer kawasan memang menarik. Kitorang ke sini pon sebagai benchmark untuk menaikkan taraf office kitorang menjadi Open Office Concept~

Jom saya share pengalaman saya berada kat sini~

~ Google Malaysia Review - Entrance Lobby ~
Google Malaysia ni terletak di Bangunan Axiata KL Sentral di tingkat 20. Bila keluar je lift, entrance dia punya la special, dah cam nak masok dalam lokap dengan pintu nyer yang berwarna biru.

 

Jom kita masok ke dalam ruangan lobby Google Malaysia ni~


~ Google Malaysia Review - Reception Desk ~
Yang pertama sekali adalah Reception Desk dia. Environment di sekitar reception desk dier ni memang sangat unik, ada gambar-gambar yang menenangkan hati.

 

Kat sini la korang akan register nama korang kepada mana-mana pelawat yang datang melawat ke Google Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari ada saja orang yang datang melawat di sini.

Amik dulu pass Guest korang kat sini sebelum bergerak ke tempat lain~

 

Wow..

Hebat betul orang-orang di sini, siap buat "G O O G L E" dalam bentuk lego lagi tu~


~ Google Malaysia Review - Guest Pass ~
Kalau korang tengok kat gambar atas tu, ada perasan Guest Pass kan? Kat sini saya share sikit dari jarak dekat.

 

Kat bahagian depan, ada nama pelawat (iaitu saya), host yang akan bersama dengan kami sepanjang lawatan di Google Malaysia (which is Mr. Edward Ling from WAZE Malaysia).

Yang 03/14 tu plak adalah tarikh lawatan. Korang kena bagi balik pass ni bila korang dah habis lawatan nanti kat Receptionist semula.

Belakang dia plak ada ape eh?

 

Haa, baca tu. Sentiasa berada dengan Host korang nanti kalau ada pape yang berlaku. Jangan buat kepala sendiri wokey, sebab kita ni melawat tempat orang. Kang buruk plak nama syarikat~


~ Google Malaysia Review - Main Lobby ~
Main lobby dier aje dah nampak sangat menarik dengan pelbagai illustrasi yang melambangkan ke-Malaysia-an. Jom kita pergi tengok satu-per-satu.

1. Logo "GOOGLE"
Logo ni diperbuat dari kayu (rasanya sebab bila ketuk bunyi kayu) dan dibalut dengan kain batik!

 

Memang luar dari daya pemikiran masing-masing, kan?

So, amik la gambar ramai-ramai. Bila tengah syiok nak swafoto, yang len plak datang nak swafoto sama-sama.. Haishhh~

  

2. Illustration or Wallpaper
Untuk memeriahkan lagi kawasan lobby ni, wallpaper yang timbul-timbul ni dapat menyerikan lagi ke-kreativiti-an Google Malaysia ni sendiri.

 

Memang cantik dier buat wallpaper ni..

3. Information Screen
Information screen ni plak menunjukkan video-video yang menarik tentang anak-anak syarikat Google sendiri. 

 

Tapi yang menarik perhatian saya sendiri adalah background yang kat belakang tu, rupanya ala-ala rekahan ataupon seakan-akan akar pokok.. Atau mungkin ranting pokok?

Apa yang ada kat ranting-ranting ni? Meh sini saya zoooooommmmmm~~

 

Tadaaa~ Nicely done~~

Yang mencahayakan dalaman ni adalah lampu-lampu LED yang berwarna putih (Putih melantunkan cahaya la katakan).

4. Hot Search Screen Monitoring
Yang ni plak adalah LIVE FEED dari internet (ataupon search dari Google Malaysia), apa yang hot dan trending time tu.

Hati-hati semua.. They know what you do~

 

~ Google Malaysia Review - Main Office ~
Kawasan ni tak boleh ambil gambar, so saya hanya mampu terangkan dengan ayat aje la ye?

Get ready semua?

Google Malaysia mengamalkan konsep "Open Office Concept" dimana terdapat kawasan-kawasan tempat kerja yang dipanggil "Hot Desking". Kawasan ni takde penghuni yang tetap, dimana tempat ni hanya untuk staff mereka yang mobile.

Ada juga kawasan tempat kerja yang standard, tetapi yang best nyer, ketinggian meja diorang boleh naik turun. Kalau terasa nak duduk ala-ala bar style, tinggikan la meja tu~

Mesti ada yang tanya bersepah ke tak kan dalam main office dia?  Yes, memang bersepah tetapi bersepah dalam keadaan yang teratur atau tersusun. Banyak sangat benda-benda yang diorang letak, yang dapat menimbulkan inspirasi pekerja kat sini.

Takde siapa dapat bayangkan yang ada kawasan rehat yang mengunakan kerangka kereta kelisa kan? Well, Kat Google Malaysia ni ada!


~ Google Malaysia Review - Borak-Borak Room ~
Borak-borak Room ni disediakan khas oleh Google Malaysia untuk nak tengok movie ker, nak buat discussion ker, atau pon nak buat tele-conference dalam keadaan yang besar.

 

Ni la rupanya kat dalam bilik Borak-Borak Room ni~

  

Cam special je lampu siling tu. Ape kate zoooommm sikit~

 

Bertabur-tabur lampu siling dier.. Hahaha..

Tapi tu yang bagi vibes yang lain kepada sesiapa saja yang masuk kat dalam bilik ni.


~ Google Malaysia Review - Recreation Center ~
Google Malaysia mengamalkan suasana rekreasi dimana staff boleh bersuka-suka melakukan aktiviti indoor, asalkan kerja siap. Banyak alat mainan yang disediakan kat dalam recreation center ni.

Meh sini saya share satu-per-satu..

1. Pool
Ada Snooker ataupon Pool untuk melaksanakan aktiviti diskusi secara santai. Google Malaysia percaya bahawa perbincangan secara santai dapat membina idea-idea yang kreatif.

 

2. Foosball
Terkenang balik kisah-kisah lama bila nampak mainan ni. Huhu~

 

3. Punching Bag
Boleh testing power tumbuk benda ni daripada tumbuk orang sebab stress. Hehehe~

 

4. Street Road Sign
Pilih la laluan mana yang korang nak pergi, saya tak halang~

 

5. Potted Plant
Untuk memberikan lebih oksigen kepada staff yang beriadah kat sini~
 

6. Floor Sign
Bukan je kat signboard, tapi kat lantai pon ada sign..

 

7. Ceiling Decoration
Terasa gatal la plak tangan ni bila nampak Wau Bulan digantung kat siling nih..

 

8. Wall Decoration
Sepanjang perjalanan ke Recreation Center ni, banyak deco yang digantung kat dinding, dimana ia agak unik tak pernah difikir orang..

   

9. Free Flow Drinks
Google Malaysia juga berbesar hati menyediakan free flow drinks untuk staff dan juga tetamu yang datang ke sini. Ada canned drinks and bottled drinks. Pilih la mengikut pilihan hati~

 

~ Google Malaysia Review - Gerai Gugel ~
Orait, bila dah tamat melawat kawasan, kitorang dijamu dengan makan tengah hari plak oleh host kitorang kat sini.

 

Tempat makan dier pon dah nampak Google Malaysia ni memang mengamalkan suasana yang selesa dan unik. Google Malaysia menyediakan makanan yang percuma kepada staff dan juga kepada pelawat yang datang melawat mereka.

Sebelum saya tamatkan post ni, opkos la share gambar makanan dulu~

             


Fuh..

Memang panjang sungguh post untuk Google Malaysia Review ni.

Had kreativiti tiada batasan untuk kita merangka sesuatu perkara yang baru, so jangan berhenti mencuba~


 

Jumpe lagi di post yang lain~

Bubbyeee~~

6 comments:

  1. kalau nak arrange lawatan ke google malaysia, nak kena contact siapa ye? ada tak email address mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk visit ke Google Malaysia ni boleh hubungi terus ke Office mereka di 03-2261 6400. Minta hubungi mereka dulu untuk beritahu tujuan visit, dan dia akan link ke PIC yang sepatutnya.

      Delete
    2. dah call banyak kali tapi takde yang jawab. saya pun nak buat lawatan untuk pelajar saya.

      Delete
  2. Can i go there just for fun? Bcos most website i read, it stated that the visit is only for business purpose, company visit etc. Is it true???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Sir/Ma'am. Its their rules and regulation for the visit, and you can't go there just for fun or finishing their free foods.

      You need to make an appointment, conduct a proper visit, etc.

      Delete
  3. en.Shah macamana cara untuk buat lawatan di google Malaysia?boleh en.shah bagitau saya caranya...

    ReplyDelete