Thursday 9 March 2017

M Suite Hotel JB Review

Sepanjang kitorang berada kat JB (3hari 2malam), kitorang menetap di sebuah hotel di Danga Bay; M Suite Hotel Johor Bharu.

 

Kalau dari KL, mau amik masa dalam 4 jam driving. Kitorang stay kat sini pon disebabkan ada sesuatu yang menarik yang ada kat Hotel ni. Nak taw ape yang menarik sangat kat hotel ni? Jom saya share..
~ M Suite Hotel JB Review - Reception Hall ~
Kawasan Reception Hall hotel ni agak luas, memberikan keselesaan kepada tetamu yang baru datang ataupon nak melepak-lepak. Diorang banyak menyediakan sofa dan kerusi ala-ala buaian.

   

Selain dari tu, diorang juga turut serta menyediakan parking yang percuma kepada tetamu diorang, samada parking di depan hotel (Hati-hati dengan bom burung) mahupon parking di bawah bangunan.


~ M Suite Hotel JB Review - Art Gallery ~
Sementara tengah menunggu orang tlg check-in kan bilik, tak jaoh dari situ ada Art Gallery (dalam building yang sama), yang memamerkan beberapa koleksi lukisan water-color yang sangat menarik. Harga pon boleh tahan..

     
Secantik-cantik bunga yang dilukis, cantik lagi bunga hati saya.. Cia cia cia~

 
Izzat pon suka tengok bunga kat sini, timbul-timbul lagi tu~


~ M Suite Hotel JB Review - Hotel Room ~
Sebelum sampai kat bilik, bunga hatiku siap tunjuk kat saya lagi sesuatu yang menarik...my CEO's name ade terpacak kat area lift.. Ahahaha..

 

Kalini kitorang datang hanya dua keluarga saja, si Najwa tak ikot sama. Katanya dah takde cuti yang boleh amik sebab semuanya dah diamik untuk travel luar negara.

 

Bila dah sampai ke bilik, si bunga hatiku membuka pintu untuk yang terhormat plak masuk.

 
Kemain lebar lagi senyuman manisnyer~

Bila dah sampai ke bilik, ape lagi, jadi jakun la amik gambar.

     
Irfan yang ralat bukak semua laci dan pintu almari yang ada..

 
Izzat plak sonok tengok kepala katil. Mungkin dalam hati dia kalau leh kupil ni leh makan..

 
Kemudian sampai plak tempat tidur khas dier tu.. Kemain lagi dier sandar~


~ M Suite Hotel JB Review - Hotel Bathroom ~
Yang ni la yang paling penting sekali bila masok dalam bilik. Asik nak mengejar amik gambar toilet je. Ape la nak jadi dengan saya ni.. Ish ish ish...

    
Ade bathtub tuu~


~ M Suite Hotel JB Review - Myra Cafe ~
Cafe ni untuk korang menjamu selera lebih-lebih lagi time breakfast setiap pagi. Disebabkan time Chinese New Year, so tema dier pon CNY juga la~

        

Bila perut dah kenyang, tiba masanya ke tujuan utama kitorang stay kat M Suite Hotel JB ni~


~ M Suite Hotel JB Review - Swimming Pool ~
Tepat sekali tekaan korang semua (yang meneka saja), kawasan kegemaran bagi semua kanak-kanak serta ibu bapa yang datang menetap di sini~

Tapi sebelum tu, opkos kene jalan kesana kot, bukannya swimming pool tu datang sendiri..

  
Ni la tempat rehat saya bersama-sama Izzat untuk kali ni, disambil tengok mommy ngan Irfan mandi..

 
Ni la swimming pool dier. Besar bhai~

   
Mommy ngan Anti Nana main slide laju yang pertama..

 
Kami yang hanya mampu melihat sahaja~~

 
Kemudian datangnya hero tamil melihat keluarganya bermain air..

 
Izzat plak nak gigit cover handphone~~

     
Mommy ngan Irfan main di pool yang besar..

 
Saya melihat, Izzat pula dah tidur~~

    
Mommy dengan Irfan main slide pusing-pusing..

 
Izzat plak dapat jumpe dengan kawan baru, Tatak~~


Hehehehe~ Fuhh...

Lama betul mommy dengan Irfan mandi. Izzat siap dah boring abeh dah sampai cakap ngan Tatak..

Huhuhuhu~~

Orait, sampai sini dulu. Jumpe di post yang akan datang.

Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment