Thursday 2 March 2017

Mee Celup Andasa Kota Bharu Review

Salah satu makanan specialty yang korang harus cuba bila korang ada di Kota Bharu adalah Mee Celup. Tapi mane nak carik Mee Celup yang OK dan sedap kat Pekan Kota Bharu ni?

Kalau korang nak taw, kat belakang Tune Hotel Kota Bharu ada satu kedai yang dinamakan Andasa Cafe. Mee Celup kat sini boleh tahan sedap.

 
Sebelum saya share camne rupa mee celup dier, saya share dulu makanan ape yang diorang ada provide kepada pelanggan yang datang ke kedai diorang ni.


~ Andasa Cafe - Roti Bakar Arang ~
Mengikut rupa dan nama jenis makanan ni, dah semestinya roti bakar ni dibakar diatas arang. Tapi sayangnya time kitorang datang ni, roti bakarnya tidak dijual atau tidak beroperasi.

 

Harga untuk menu Roti Bakar ni adalah seperti dibawah:

Roti Bakar Biasa : RM 2.00
Roti Bakar Titab : RM 4.00
Roti Bakar Milo Cheese : RM 4.00

OK, jom kita teruskan dengan menu yang kedua~


~ Andasa Cafe - Roti Canai Pok Man ~
Kat sini, roti canai yang biasanya kita makan telah diinovasikan dan diolah menjadi lebih menarik. Nak taw apa yang menarik, boleh tengok pada gambar dibawah.


 

Mungkin next time datang sini, saya akan cuba yang ni.

Seterusnya ke hidangan utama kita, Mee Celup!


~ Andasa Cafe - Mee Celup ~
Yezza. Mee Celup kat sini memang ramai peminatnya. Setiap kali orang datang ke kedai ni, mesti order Mee Celup dia.

Sedap sangat ke? Jom kita tengok.


 
Pandangan jauh..

 
Pandangan dekat. Tapi terlampau dekaat la plak..

Melelehnya tengok mee celup dier ni. Wah wah wah..

Jom kita zoom sikit kat mee celup dier dan juga telur dier. Eh, nape telur pon nak kene zoom? Nanti saya ceritakan.


 

Kalau ditengok mee celup dier, memang penuh dengan isi daging, ayam, dan juga ada bakso di situ. Opkos ada juga sayur-sayuran yang lain dihidangkan sekali dalam satu mangkuk.

OK, edisi telur plak~


 

Nampak cam telur rebus biasa kan? Tapi sebenarnya, bukan cam telur rebus biasa yang kita dapat dalam mee kari, atau nasi lemak, atau kat kenduri kawen.

Telur rebus ni sangat lembut, direbus sebelum ianya menjadi keras. Hirup je pon boleh. Masuk je dalam mulut, terus cair~~

Ooomaiiigaaadddd~~

Memang meleleh brader and sis..


~ Andasa Cafe - Minuman ~
Memang dah menjadi tradisi kedai makanan untuk menyediakan bekas makanan yang unik. Contohnya di Andasa Cafe ni, bekas minuman adalah berbentuk Jug Kecil, siap ada corak lagi.


 

Minum air Teh O' Ais je pon. Hehehe..

Anyway, maybe next time saya datang sini, saya update makanan yang lain plak.

Jumpa lagi di post yang seterusnya~

No comments:

Post a Comment