Wednesday 22 March 2017

Nasi Ayam Dara Precint 5 Putrajaya Review

Bila time nak solat jumaat je, mesti mengidam nak makan Nasi Berlauk Ayam Dara kan? Kitorang selalu datang ke Surau Precint 5 untuk menunaikan solat Jumaat, tapi tak taw la plak ada gerai Nasi Berlauk Ayam Dara kat tepi surau ni.

 

Then, terdetik la hati satu hari tu nak try Nasi Berlauk Ayam Dara ni, samada sedap ke tidak~
Selalunya bila sampai sini, memang la awal (nak bagitaw yang selalu datang surau awal, tapi walhal boleh kira dengan jari je) sampai satu ketika tu punya la panjang beratur pelanggan kat gerai dier ni..

Oleh disebabkan perut dah lapau, ape lagi, jom la panjangkan saf beratur ni. Hehehe..

 

Yang paling best sekali, pakcik ni siap sediakan 2 kuali besar untuk goreng ayam dier. Ni la petunjuk yang perniagaan pakcik ni sangat laku dan menjadi permintaan ramai pengunjung surau~

 

Akhirnya sampai gak giliran untuk memilih ayam. Cer bayangkan kuali tu asik bergoreng aje, so ayam dier pon memang panas. So, korang leh pilih nak bahagian yang mane sebab kat sini ayam dier potong 8, memang besar~~

 

Bila dah puas pilih bahagian ayam yang mana nak menjamu selera buaya ni (dah semestinya amik bahagian yang banyak daging), maka duduk la kami sekumpulan menjamu selera~

Meh saya share betapa sedapnyer makanan ni. Ada kuah, kubis, nasi dan juga timun. Oya, sambal cili padi pon ada (yang warne merah tuu~).

  

Bila dah puas tengok gambar makanan, tengok la plak gambar harga dia~

 

Siap boleh booking lagitew. Book sebelum solat jumaat untuk amik selepas solat jumaat. Diorang akan siap-siapkan makanan korang~

Akhir sekali, ape pula pendapat kengkawan saya yang join sekali?

 

Firdaaus : "Mak uuyai.. Banyak nasi dier.."

Shahrul : "Uih, panasnyer ayam dia ni. Bukan je ayam, nasi pon panas."

Ikrimah : "Memang terbaik!"


Sampai di sini saja laporan nasi ayam dara dari Putrajaya.

Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbye~~

No comments:

Post a Comment