Wednesday 8 March 2017

Nasi Lemak Limpa Ampangan Review

Asik-asik makan nasi lemak dengan kerang, sotong, ayam atau pon paru-paru. Tiap-tiap hari camni pon boring jugak.

So, time kitorang nak menghala ke Johor aritu, adik ipar den pon bawak la den pegi menyinggah kat Gerai Nasi Lemak Ampangan. Yang specialnya, nasi lemak Limpa~

 
Gerainya betul-betul di pekan Ampangan, berhadapan dengan Speedmart 99. Kalau kat main road, korang leh nampak kedai sebegini kat tepi jalan je.

 

Meh kita try makanan nasi lemak yang lain dari lain, Nasi Lemak Limpa yang ada kat Ampangan. Alang-alang tu, makan yang lain gak.

Hehehe..


~ Nasi Lemak Limpa Ampangan Review - Nasi Lemak Limpa ~
Terus ke menu utama nampak? Hahaha..

Ok, kesedapan nasi lemak biasanya terletak pada kuah sambal nya. Kuah sambal yang sedap pasti akan bawa ramai pelanggan. Tapi, yang ni bukan saja sebab kuahnya, tapi sebab keenakan lauk limpa yang disediakan~

   

Memang jarang orang berniaga nasi lemak berlaukkan limpa ni. Waduh waduh waduh~ 

Meleleh air liur den..


~ Nasi Lemak Limpa Ampangan Review - Mee, Meehun atau Kuey Tiaw Sup ~
Kalau kita rasa tak puas makan mee, meehun atau kuey tiaw sup, kalau korang datang kat sini memang memuaskan. Barangan yang diletakkan kat dalam hidangan ni banyak wei~

 


~ Nasi Lemak Limpa Ampangan Review - Mee, Meehun atau Kuey Tiaw Kari ~
Sama je dengan hidangan sup, kali ni dihidangkan dengan sup kari plak. Korang judge la sendiri banyak ke tak barangan yang dier letak tu~

 


Orait, dah sampai ke penghujung post. Nantikan post yang berikutnya.

Good Bye, Babai semua~

2 comments:

  1. boleh bagi exact location atau nama kedai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Search sahaja 99 Speedmart Ampangan samada di aplikasi Waze atau Google Map, Insyaallah sampai..

      Delete