Monday 20 March 2017

Pullman Lakeside dan Pantai Buatan Putrajaya Review

Seminggu sebelumnya, isteri saya tetiba ajak saya, nak bawa anak-anak pergi mandi pantai. Dalam fikiran saya, pantai yang best ada kat Port Dickson jer sebab pantai kat kawasan lain takleh nak mandi sebab kotor.

 

Then isteri saya cakap takyah pegi jauh-jauh, kita pergi kat Putrajaya je. Pelik bin ajaib gak la saya bila dier cakap camtu. Isteri pon hantar la satu link ni soh baca, dan memang tak sangka, memang ada pantai kat Putrajaya ni.
Time hari kejadian, kemain lagi packing-packing barang untuk mandi-mandi kat Pantai Buatan Putrajaya ni (maklum la, eksited sebab dekat).

Kalau nak ke pantai ni, ada dua jalan. Satu melalui Hotel Pullman Lakeside Putrajaya (yang ni jaoh sikit), dan satu lagi ikot jalan belakang dekat dengan Kolam Renang Persint 6.

 
Yang atas ni jalan kat tepi Kolam Renang Persint 6. Depan tu direct access ke Pantai Buatan Putrajaya..

Tapi boring la plak kan kalau terus access ke Pantai Buatan Putrajaya ni, betul tak?

So, saya side-track sikit dan masok melalui Pullman, alang-alang boleh tengok sekali ape yang ada kat sekitar Pullman Lakeside ni, ye dak?


 
Ni la antara salah satu jalan masok melalui Pullman ke Pantai Buatan Putrajaya..

Maka, panjang lah kaki kitorang tengok sekitar Pullman ni (walaupon opis dekat, tapi nak sampai sini punya la susah). Hehehe~~


  
Irfan yang terlampau eksited sampai berjoget-joget.. Hahaha~~

 
Bergambar di Menara Jam Pullman dulu~~

Orait, jom menghala ke Pantai Buatan Putrajaya..

Eh jap, cam ade bende yang menarik je lagi kat sini. Wow, ada tempat rehat-rehat yang menarik la! Jom amik gambar dulu!


  
Irfan yang menikmati saat-saat gembira berehat di tempat duduk tepi swimming pool~

   
Model nyer time plak nak memperagakan kerusi ni? Ok, kita bagi la~

 
Idola kecil pon nak juga~~

Eh, ralik la plak amik gambar kerusi je. Adakah terasa ingin kerusi sebegini di rumah? Entah lah~~

Jom amik gambar swimming pool diorang plak~

  
Swimming pool dia agak dalam dan takde la besar sangat..

Dah tiba masanya untuk meneruskan aktiviti mencari Pantai Buatan Putrajaya. Jom turun ke kawasan bawah..


 

Turun-turun je, terjumpa la plak sign Pullman Lakeside ni.. Ape lagi, satu kali lagi la kita bergambar~


 

Uih.. Jaoh bebenor side track ni.

Ok, dah habis dah side track. Sekarang ni tiba la masa untuk bermain-main di Pantai Buatan Putrajaya..

Wait a minute.. Closed??

Nampak gayanya bergambar jela~~


    

Huu.. So sad..
Bila la nak bukak pantai dia kat sini..
Nanti kalau dah buka, korang tolong roger ye? Nak datang lagi untuk mandi-manda plak.

Sampai di sini saja. Jumpa lagi di post yang lain~~

Bubbye~~

No comments:

Post a Comment