Wednesday 5 April 2017

Jelajah Redang Part 4 - Daytime and Nighttime at Long Beach Redang Review

Salam semua!

Selamat kembali ke siri Jelajah Redang! Post ni adalah merupakan Part yang ke 4. Kalau korang first time baca post siri Jelajah Redang ni, korang boleh baca Part 1, Part 2 atau Part 3.

 

Pada post ni, saya akan menceritakan kesemua aktiviti kitorang kat Long Beach Redang diwaktu pagi dan juga malam~

 



Redang Long Beach ni sangat menarik tempatnya, dimana korang boleh menikmati ketenangan keindahan pantai dan juga airnya yang sangat bersih.


  

Pasir pantai ni plak sangat cantik dan halus-halus. Tak sama dengan pantai-pantai kat Tanah Besar, pasir kat sini bila dipijak time tengah hari memang sangat panas.

Silap-silap boleh terbakar kaki korang tu.

Orait, jom saya share ape aktiviti yang kitorang buat time pagi sampai la ke tengah malam kat pantai Long Beach ni (Hari kedua memang hampir 60% masa kat pantai, lagi 20% masa kat Swimming Pool.

Lagi 20%? Of course la kitorang ke Taman Laut. Kalau korang nak taw pasal trip ke Taman Laut, tunggu post yang akan datang ya?

~ Long Beach Redang Review - Morning Time ~

 

Pada waktu pagi, suasana Pantai sangat nyaman dengan udara sepoi-sepoi bahasa dari arah laut. Bila berjalan kat tepi pantai time pagi (sebelum kol 9), bunyi pukulan ombak di pantai boleh menyebabkan stress korang hilang.


Matahari akan start naik dari pantai, so korang boleh tengok betapa jernihnya air laut yang memantulkan cahaya matahari.

  

Of course, bila kat pantai, yang paling best main time ni adalah main air dan juga pasir~

~ Long Beach Redang Review - Afternoon Time ~

 

Selepas jam 9 pagi, suasana kat pantai akan menjadi sangat panas, silap-silap korang boleh pengsan dengan kepanasannya kalau korang tak tahan.

  

Time ni la korang kena sapu sunblock setebal yang boleh sebab time ni memang dapat membakar kulit korang yang cantik tu. Even bila kitorang berjalan pon, kitorang terpaksa pakai payung sebab panas sangat.

Time ni kitorang banyak menghabiskan masa bermain di kolam renang dan juga mencari makanan tengah hari. Tak ramai juga kitorang nampak pelancong yang bermandi-manda kat pantai.

 

Kalau korang bertuah, korang boleh berkesempatan mengambil gambar ikan-ikan fresh yang ditangkap oleh nelayan yang menghantar tangkapan diorang ke Hotel-hotel kat sini~

  

Selain dari tu, korang pon leh duduk melepak kat bawah khemah-khemah yang disediakan oleh para hotel yang ada kat sini. Khemah-khemah ni terletak kat tepi pantai jer.

  

Irfan pon terpaksa main pasir kat bawah khemah walaupon asik nak main pasir kat persisiran pantai. Panas tu sayang oiiii~~

 

Tuu dia.. Paneh weiiii!!!

Tetiba la plak boleh ngantuk! Adoiyai, haba dah masok kepala nih. >.<

~ Long Beach Redang Review - Evening Time ~

 

Ni la masa yang paling sesuai untuk korang bawa anak-anak korang untuk berenang atau bermain pasir kat Long Beach ni. Kawasan ni start kurang panas sekitar jam 5 petang.

Time ni la baru kitorang taw yang sebenarnya ramai orang stay kat Pulau Redang ni, sebab semuanya baru muncul~

    

Irfan dan juga projek kolam buatan beliau. Suka dier bila air ombak sampai kat dalam kolam dier tu, nampak air bertakung-takung~

 

Menurut dari pelancong yang datang kat sini (kitorang sempat berborak, taknak la sombong-sombong bila kat tempat orang), kat kawasan batu area lebih kurang 300 meter boleh nampak ikan kalau snorkling!

 

Pergh! Jom kita pergi!!

  

Bila dah sampai area-area kat batu-batu tu, ramai la plak orang berenang kat sini. Kat sini rupanya korang berenang ye? Nak kena ni~~

Abeh semua ikan menyorok sebab banyak sangat orang berenang kat sini. Maka, dengan sesungguhnya, berenang jela~

  

Kemain suka lagi Irfan mandi dengan mommy dier~ ❤

Bila kitorang dah penat-penat mandi, snack time~~

Beli kat Bar Hotel jer~

 

Uish, cam sedap je makanan ni. Apekebende kah yang kitorang makan ni? Nak taw?

Tunggu la post yang seterusnya ya?

~ Long Beach Redang Review - Night Time ~

 

Bila malam menjelma, kawasan pantai memang menjadi kawasan yang paling gelap (selain kawasan hutan atau pedalaman), tetapi disinari oleh kelipan cahaya dari hotel-hotel yang ada kat kawasan ni.

Bila kitorang berjalan time malam (selepas jam 8.30 malam), memang terasa tenang dengan angin sejuk meniup dari darat ke laut. Pasir pantai plak tak panas cam time tengah hari.

So, jom berjalan melihat keindahan pantai ni~

 

Bila time malam, muncul la pelbagai bende yang kitorang tak pernah tengok bila time pagi mahupon petang. Salah satunya adalah bentuk LOVE yang bercahaya lampu LED ni~

 

Pastu boleh la plak kitorang nampak lovely couple makan candlelight dinner kat tepi pantai. Romentik giler weii~~

Sesiapa yang nak makan candlelight dinner ni, korang kena berurusan dengan pihak hotel, so diorang akan sediakan tempat yang sesuai untuk korang bercinta didalam suasana yang sangat romentik.

Siap ade orang serve weii~~

 

Selain daripada part-part romentik ni, part bar lepak-lepak minum-minum pon hidup gak~

 

Live band pon ado. Kalau datang sini sorang-sorang ni, memang dah lepak dah kat tempat ni~


Begini la kehidupan pagi, tengah hari, petang dan malam kat Kepulauan Redang di Long Beach ni.

Oleh sebab kat sini pon dah malam, maka kitorang pon nak melabuhkan tirai untuk post kalini.

Post yang seterusnya plak adalah berkenaan dengan aktiviti kitorang kat Taman Laut Malaysia, iaitu aktiviti Snorkeling ling ling~~

Nantikannya dan Jumpa lagi~

Bubbyeeeee~

No comments:

Post a Comment