Thursday 6 April 2017

Jelajah Redang Part 5 - Snorkeling at Tasik Akar, Taman Laut Negara Review

Hi semua!

Akhirnya, post yang telah kitorang tunggu-tunggu sudah tiba, iaitu aktiviti snorkeling di Redang. Kalau korang ke Redang, mesti nak pegi snorkeling kat tempat yang menarik.

 

Dalam post ni, saya akan berkongsi pengalaman yang sangat menarik dimana kitorang berpeluang untuk pegi snorkeling di Taman Laut Negara~

Kepada sesiapa yang masih belum membaca bahagian 1 hingga 4, boleh klik Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

Kitorang amik package dari hotel tu sendiri, dimana di pintu masuk Sari Pasifica Resort and Spa ni ada Diving Centre. Harga dia cam kat bawah ni.


Jenis bot : Speedboat
Harga dewasa = RM 70 / pax
Harga kanak-kanak = RM 10 / pax (sewa pelampung saja)

Total untuk sekeluarga = RM 160.00

Snorkeling kat Redang thru Hotel ni ada 2 bahagian; pagi dan petang. Kitorang amik yang belah petang, jam 2.30pm hingga 5.00pm. Menurut orang yang pernah naik time pagi, langsung tak best!

~ Snorkeling at Taman Laut Negara Review - SpeedBoat ~
Alright, bila semua dah naik atas bot, maka bergerak la kitorang ke Taman Laut Negara~

  

Dalam ekspidisi ni, bersama-sama dengan kitorang adalam 3 keluarga; 2 dari Malaysia (satunya kitorang) dan lagi satu dari China (cakap english pon takleh).

Bila bot berjalan, angin sepoi-sepoi dengan percikan air laut ke dalam bot menyebabkan anakanda berdua ni melelapkan mata. Maklumla, penat mandi laut pagi tadi~

 

Mula-mula Izzat yang lelapkan mata dulu~

 

Kemudian, tak sampai 2 minit, Irfan plak yang lelapkan mata beliau. Penat main pasir dan swimming pool pagi tadi~

So, bila diorang dah tidow, kitorang pon meneruskan menikmati keindahan pulau-pulau dan pemandangan dari atas boat. Bila tengok pemandangan kat sini, memang memberikan ketenangan pada jiwa yang kacau ni.. Ehh..

   

~ Snorkeling at Taman Laut Negara Review - Tasik Akar ~
Setelah hampir 15 minit kat atas bot, maka sampai la kitorang ke destinasi yang pertama; Tasik Akar. 

  

Menurut guide kita ni, Tasik Akar ni merupakan tasik yang berada di sebalik Pulau Taman Laut Negara, dimana terdapat banyak batu karang dan ikan-ikan yang mendiami kawasan ni.

Selain dari tu, guide kitorang yang juga merupakan penyelam, menyatakan bahawa kawasan ini adalah kawasan yang terpelihara dimana ianya merupakan kawasan penanaman Batu Karang.

+++++ Tahukah korang? +++++
Taw tak korang yang batu karang yang ditanam; hanya 60% sahaja yang akan hidup menjadi batu karang dan lagi 40% akan mati dan menjadi Dead Coral? Ianya mengambil masa yang sangat lama untuk membesar dan memakan masa hampir ratusan tahun.
+++++++++++++++++++++++++

 

Disebabkan saya menjaga anak-anak yang comel lagi suweettt ni tidow (sebab diorang bersandar padaku seperti Fasha Sanda), mommy masok dalam air dulu~

 

Saya hanya mampu bagi simbol "Peace" je dari atas, demi mommy yang tak dapat snorkeling masa kat Krabi~

  

+++++ Tahukah korang? +++++
Kalau korang nak ikan datang kat korang time tegah snorkeling, korang kena tabur atau campakkan roti. So, secara kesimpulan nya, bawak la roti sikit atau banyak sikit sebelum korang pegi snorkeling~

Time nak campak tu plak, campak kecik-kecik dari campak roti satu keping terus~
+++++++++++++++++++++++++

Lepas 20 minit, mommy pon naik atas ke dalam bot semula. Katanya nak bagi saya plak yang turun snorkeling, tengok keindahan batu karang dan ikan-ikan yang ada kat sini katanya~

  

Mommy take turn jaga anakanda yang tercinta plak~

So, giliran saya la plak masok dalam Tasik Akar ni dan melakukan aktiviti snorkeling~

 

Memang banyak kehidupan laut yang sangat unik dan cantik kat sini. Ikan-ikan kat sini plak asik nak makan je bila orang atas bot baling cebisan roti~

Nak taw betapa best ke tak aktiviti snorkeling kitorang kat sini? Jom kita tengok video kat bawah ni~



Kalauu korang takleh nak tengok, boleh terus klik >LINK< ni, terus buka YouTube~

Haa, memang best kan?

So, kitorang berada kat sini selama hampir sejam (sebenarnya 45 minit je yang dibenarkan oleh Guide kita, tapi dier pon terjun sekali) sebelum meneruskan perjalanan kitorang ke Pulau Taman Laut Malaysia yang utama. Cheewaahh~


 

Perjalanan yang seterusnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit sahaja dari Tasik Akar.

Kalau korang nak taw ape aktiviti yang kitorang buat lagi kat Pulau Taman Laut ni, nantikan la post yang seterusnya.

Sampai disini saja untuk kali ni~

Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbyeee~~

1 comment:

  1. This is a good post. This post gives truly quality information. I’m definitely going to look into it. Really very useful tips are provided here. Thank you so much. Keep up the good works. best snorkeling destination

    ReplyDelete