Wednesday 12 April 2017

Jelajah Redang Part 7 : Sari Pasifica Swimming Pool Review

Salam Sejahtera Semua!

Akhirnya sampai sudah pada post yang kedua terakhir dalam siri Jelajah Pulau Redang ni. Yeay~ *tepuk* *tepuk*

Kepada sesiapa yang masih belum membaca bahagian-bahagian yang lain, boleh klik ni: Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6.

 

Disebabkan ni post yang agak menarik dalam siri Jelajah Redang 2017 ni (Eh, nak datang lagi ke ni?), saya akan lebih berkongsi koleksi gambar-gambar swimming pool yang kitorang habiskan masa hampir 80% disini.


Sebelum kita masuk ke dalam swimming pool, jom kita pusing satu kali lagi kat Sari Pasifica ni, kot-kot la tertinggal tempat yang menarik cam kat bawah ni~

  

Vauuuu! Ada tempat nak baring-baring gitteeww~

 

Hmm.. Dah takde tempat yang menarik dah kat sini, so moh kita bergerak ke swimming pool la ye?

Seperti yang saya ada bagitaw dalam post yang pertama, swimming pool ni terletak dekat pintu masuk hotel dan juga kawasan receptionist.

 

Sebelum nak masuk swimming pool, kena la basahkan badan dulu~

Kedalaman swimming pool ni adalah sehingga 1.5 meter. So, kalau korang terasa nak terjun swimming pool (walaupon korang dari Hotel yang lain), korang boleh je berenang kat sini~

Kemudian, tiba lah masanya kompilasi gambar-gambar renang kitorang sepanjang 3 hari 2 malam di sini~

          

Bila dah puas berenang, perut plak rasa lapar, so kitorang pon order la makanan dari Bar Station diorang ni. Yes, bila kitorang kata Bar, maksudnya diorang pon ada serve Alcohol.

 

Takyah la beli Alcohol, beli makanan yang biasa-biasa saja pon okey. Banyak makanan yang diorang sediakan, so jom tengok menu yang diorang sediakan dulu~

 

Ok, namanya Chengkih Pool Bar. Kalau kita tengok harga dia, Hmm, boleh tahan mahal tapi takla mahal sangat. 

Kalau korang pernah baca post berkenaan dengan Long Beach, nama makanan yang kitorang makan tu adalah Croque Monsieur (Sotong Goreng Tepung).

  

Kemudian, kitorang pon ada order air kelapa dengan french fries. Untuk air kelapa, korang kena request untuk kelapa muda, kalau tak, diorang akan bagi kelapa tua (isi dah boleh parut).

Bila perut dah diisi, sambung la berenang lagi~

    

Kalau sesiapa yang dah baca post kitorang kat Tasik Akar dan juga Pantai Taman Laut Pulau Redang, ada sorang yang bawa kitorang tu pinjamkan kitorang pelampung unikorn yang chomelll~

 

Mommy mandikan Izzat dulu sebab dah lama Izzat berenang. So, bagi dier makan dulu~

      

Maka sampai ke senja lah kitorang bermain air dan berenang. Izzat pon tertidur akibat keletihan~

Untuk pengetahuan korang semua, masa operasi swimming pool kat Sari Pasifica ni adalah dari 8 pagi - 9 malam.

Untuk towel plak, korang leh mintak kat receptionist dan jangan lupa isi buku pinjaman towel~

 

Bila dah selesai makan, Irfan la orang yang pertama naik atas katil nak tidow. Letih sangat tu. Huhuhu~

Orait, sampai kat sini dulu perkongsian dari saya berkenaan dengan aktiviti di Pulau Redang.

Post yang seterusnya merupakan post yang terakhir, iaitu makan breakfast di Hotel dan juga perjalan pulang kitorang~

Jumpa lagi di post yang lain~

Bubbyee semue~

No comments:

Post a Comment