Thursday 13 April 2017

Jelajah Redang Part 8 - Hotel Breakfast and Return to Jeti Syahbandar Review

Hi Semua!

Sedah tiba masanya untuk menamatkan post siri Jelajah Redang ni dengan berkongsi pengalaman terakhir kami di Redang sepanjang 3 hari 2 malam ni~

So, kepada sesiapa yang masih belum membaca siri Jelajah Redang yang sebelumnya, boleh membaca dengan pautan ni: Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7.

 

Post yang terakhirnya lebih mengisahkan lebih kepada pengalaman kitorang balik semula ke Jeti Syahbandar dari Pulau Redang.

Sebelum kita story-mory pasal perjalanan kitorang, saya saje jer nak tunjukkan tempat makan diorang ni. Maklum la, bila ada hotel, disitu ada tempat breakfast dier~


 

Nama restaurant diorang ni adalah Kayu Manis Restaurant, terletak pada tingkat 1 di Receptionist Hall. There was nothing special about restaurant ni, so kitorang bergambar time makan je ler~


   

Pandai gak Irfan amik gambar yang last tu~


 

Ni la yang specialnyer tentang restaurant ni, boleh nampak swimming pool yang kat bawah tu. Sungguh tenang pemandangan swimming pool ni, tambahan pula dengan suasana laut di waktu pagi..

Pergh! Sungguh menenangkan jiwa!!

Mengikut jadual pergerakan di Part 1, kitoang amik feri dalam kol 11 pagi dari Pulau Redang ke Jeti Syahbandar. So, staff hotel ni kata kena standby dalam kol 10.30 pagi kat sini untuk diorang hantar ke Pick-up Zone.

Disebabkan kitorang bangun dan bersiap terlalu awal, ambil gambar la lagi jawabnyer~


  

Bila dah sampai kol 10.30 pagi, maka sampai la ride kita untuk dihantar ke Pick-up Zone di Pulau Redang ni. Sungguh High Class transport yang diorang sediakan untuk kitorang ni~


   

Bila dah penuh, baru driver bawak kitorang ke Pick-up Zone~


 

Jom saya share pemandangan kat Long Beach lagi skali bila tengah naik High Class Transportation ni~


  

Aduiyai, dah start terasa rindu la plak nak meninggalkan Pulau Redang ni.. TT o TT


 

Irfan plak tak habis-habis bawa yogurt dia kehulu-kehilir, sejak breakfast dari pagi tadi lagiteww~
Dan seperti biasa, kitorang di drop kan di Redang Beach Resort, tempat kitorang di dropkan ketika perjalanan dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang.

Irfan dah semestinya sambung bermain dengan pasir kat sini~


 

Pemandu tracktor bagitaw kitorang jangan naik bot penumpang yang berwarna kuning sebab bot tu takkan bawa kitorang ke feri. Bila tengok-tengok, memang betul tak berjalan langsung~
Sementara tunggu bot penumpang yang berwarna oren sampai, mommy bawa Irfan pegi jalan-jalan sekitar Redang Beach Resort ni, dan terjumpa la air pancut~
 

Bila dah penat berjalan, masa untuk mengambil gambau dan swafoto plak~

   

Izzat tu keje dier nak mencapai telepon je. Bila tak dapat, mula la dengan bibir cembeng dier tu. Hahaha~

Genap jam 11 pagi, feri yang berwarna oren masih tak kelihatan. Then kitorang tunggu la sampai kol 11.15 pagi (lebih kurang), baru la feri sampai. 

Well, masa untuk berebut-rebut untuk naik bot penumpang, maklum la, banyak orang Malaysia memang suka buat camtu. Hehehe~


 

Setelah berlakunya sesi berpusu-pusuan, maka kitorang pon dapat la naik bot penumpang yang berwarna oren ni~


 

Dalam kol 10.30 pagi, bot penumpang ni pon berlepas la ke tengah lautan. Amik gambar pemandangan untuk kali yang terakhir dulu, melepaskan rindu~


 

Tapi yang best nyer, bila nak tunggu jaoh sikit nak amik gambar banyak-banyak, sekali dah sampai feri daa~

Tak sampai 5 minit kot kat atas laut, rupanya feri tu park betul-betul kat area-area ni. Hadoiyai. Cam biasa la, aktiviti rakyat Malaysia, berebut-rebut la nak naik atas feri nak amik tempat duduk~

Hamboi perangai... Hahaha~


 

Sebenarnya tak berebut-rebut pon dapat je tempat duduk, cuma terasa nak buat camtu jer~


Orait, maka bila dah masok, dah duduk, kitorang amik la gambar lagi~
 

Bila semua penumpang dah siap naik, dalam jam 12 tengah hari camtu, maka feri ni pon bergerak la menuju ke destinasi kitorang, Jeti Syahbandar. Waktu dalam perjalanan, jangan lupa hulurkan tiket kat staff feri ni ya?

Bila dah bergerak, makin rindu la plak kat Pulau Redang ni, rindu kat awek receptionist tu.. Ehhh!

 

Ni la rupanya bila anakanda berdua yang keletihan bila puas bermain sampai 3 hari 2 malam kat Pulau Redang ni~

 

Saya dengan mommy plak melayan cite Transformers 2 yang dibukak didalam Feri ni. Eh, ada TV rupanya!!


Dah balik baru taw ada TV.. Hahaha~
 

Maka, Alhamdulillah kitorang selamat sampai kat Jeti Syahbandar Kuala Terengganu lebih kurang dalam jam 1.45 petang~
Fuhh~~

Tamat lah sudah siri Jelajah Redang 2017 yang selama 3 Hari 2 Malam, yang dipecah-pecahkan kepada 8 bahagian~

Nantikan lah post saya yang seterusnya ya?


Jumpa lagi! Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment