Monday 24 April 2017

Monumen Park Kuala Terengganu Review - Part 1

Salam Sejahtera Semua!

Monumen Park yang terletak di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu ni bukan sahaja mempunyai Replica-Replica struktur bangunan unik yang ada ataupon pernah ada di muka bumi ni, tetapi juga mempunyai simpanan sejarah-sejarah yang patut kita ketahui.

 

Post ni merupakan bahagian yang pertama, dimana kami akan berkongsi bentuk-bentuk struktur yang terdapat dalam Monumen Park ni.


Disebabkan rasa ingin tahu struktur apakah yang ada kat dalam Monumen Park ni, maka kami sekeluarga pun bertekad untuk menerokai benda yang ada dalam Monumen Park ni. 


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Ticket Price ~
Disebabkan saya menjaga budak-budak ni, maka mommy la yang membeli tiket masuk. Boleh tahan juga harga tiket masuk ke dalam Monumen Park ni~ 

 

Adult (13 years old - 59 years old) : RM 21.20
Senior Citizen (60 years old and above) : RM 15.90
Child (7 years old - 12 years old) : RM 15.90
Child (6 years old and below) : FOC

Maka, kami sekeluarga hanya perlu berbelanjakan sebanyak RM 42.40 untuk masuk ke dalam Monumen Park ni~


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Map and Location ~
Sejujurnya, Monumen Park ni memang sangat luas sehingga boleh menampung 23 jenis Struktur Replica. Kalau tak percaya, gambar bawah ni buktinya~

 

Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan struktur-struktur replica yang terdapat dalam Monumen Park ni. Adakah you guys dah bersedia untuk 10 Replica yang pertama?

Jom kita lihat dan selami sejarah setiap satu replica ni~


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 1. National Mosque, Malaysia ~

 

Replica bagi Masjid Negara ni memang sangat detail dimana ukiran dan reka bentuknya adalah sama dengan yang asal.


 

Sekiranya you guys tak pernah pergi ke Masjid Negara, replica ni dah dapat memberikan gambaran betapa indahnya Masjid Negara yang terletak di tengah-tengah Ibu Kota Malaysia.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 2. Kudus Al-Minar Mosque, Indonesia ~


 

Masjid ini merupakan salah sebuah masjid yang tertua di Indonesia, yang dibina didalam lingkungan tahun 1549 sewaktu agama Islam mulai masuk ke dalam Kepulauan Jawa.

Struktur masjid ini diperbuat daripada batu-bata merah dan mempunyai menara yang tinggi di pintu masuk masjid, berunsurkan style Majapahit.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 3. Pattani Mosque, Thailand ~


 

Masjid Pattani ni merupakan salah satu Masjid di negara jiran kita, iaitu Thailand. Masjid yang terletak di Yarang, Pattani ini merupakan Masjid yang tercantik dan terbesar di Negara Thailand.

Dibina pada tahun 1954, pembinaan untuk menyiapkan masjid ini mengambil masa hampir 9 tahun dimana rekabentuk nya hampir sama dengan rekabentuk Taj Mahal, India.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 4. Sultan Mosque, Singapore ~


 

Masjid ini merupakan sala sebuah bangunan yang terpenting di Singapore, dimana masjid ini dibina pada tahun 1826 oleh Sultan Hussain dengan menggunakan bantuan kewangan dari East India Company.

Pada awal tahun 1900, Singapore telah menjadi pusat tumpuan pengembangan Islam, dimana masjid ini menjadi lebih kecil untuk penduduk Islam di Singapore yang semakin berkembang.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 5. Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei ~


 

Di reka oleh arkitek Itali, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ini diberi nama sempena nama Sultan Brunei yang ke-28. Masjid yang dibina pada tahun 1958 ini mempunyai Kubah Emas setinggi 52 meter, terletak ditengah-tengah masjid.

Masjid ini terletak bersebelahan dengan Tasik Buatan berhampiran Sungai Brunei di Kampung Ayer.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 6. Taj Mahal, India ~

 

Dibina untuk memperingati kematian Permaisuri Raja, Taj Mahal ini dikatakan sebagai satu simbol 'Cinta' Raja Shah Jahan kepada permaisurinya.

Struktur Taj Mahal ini sangat unik sehingga UNESCO menjadi Taj Mahal ini salah sebuah simbol kemewahan kerajaan India yang pernah dicapai pada satu ketika dahulu.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 7. Badshahi Mosque, Pakistan ~



 

Masjid yang terletak barat kepada Fort Lahore ini merupakan salah satu bangunan ikon bagi penduduk Lahore. Ianya dibina pada 1671 oleh Raja Aurangzeb yang mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkannya.

Sejak ianya dibina, masjid ini merupakan masjid yang terbesar di dunia selama 313 tahun, sebelum penambahan dan pembesaran Masjid Al-Nabawi di Arab Saudi.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 8. Kubah As-Sakhrah (Dome of Rock), Jerusalem ~ 


 

Kubah ini terletak di daerah Bandar Lama Jerusalem, disiapkan pada 691 Masihi sewaktu pemerintahan Kerajaan Abd al-Malik, diatas bekas tapak Roman Temple, Jupiter Capitolinus.

Kubah asalnya telah roboh pada tahun 1015, tetapi dibina semula pada tahun 1022 yang merupakan salah satu bangunan artifak Islam yang tertua di dunia.

Jom kita tengok kawasan dalam Dome of Rock pula. Betul tu, replica ni la satu-satunya yang kita boleh masuk dan menghayati keindahan senibina Islam~


   

Nama pon Dome of Rock, tapi mana Rock nya? Bawah ni la replika batu yang terangkat ketika Nabi kita, Rasulullah s.a.w diangkat untuk bertemu dengan Allah s.w.t.


 

Yep, belakang tu (tengah-tengah Dome) tu la batu yang terangkat. Mengikut kepada ukuran replica, batu yang terangkat ni adalah sangat besar.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 9. Great Mosque of Samara, Iraq ~ 


 

Samarra yang merupakan salah satu dari empat bandar Suci Islam di Iraq terletak hampir 134 KM dari arah utara Bandar Baghdad ini merupakan Bandar Purba yang mempunyai keluasan 9 KM lebar dan 34 KM tinggi di Perairan Tigris.

Masjid Besar Samarra ini dibina pada abad ke-9 oleh kerajaan Abbasid caliph Al-Mutawakkil pada tahun 847 sehingga 861, dibina 100% dengan mengunakan batu-bata.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - No 10. Syeikh Lutfallah Mosque, Iran ~ 


 

Masjid Syeikh Lutfallah adalah salah satu senireka agung Iran Safavid. Masjid yang mengambil nama Syeikh Lutfallah Maisi Al-Alimi, seorang cendikiawan termasyhur dibina pada tahun 1602 oleh Shah Abbas I dari dinasti Safavid.

Kubah masjidnya tidak la terlalu tinggi, dan ianya diantara senireka Iran Safavid yang hanya memerlukan sebuah kubah sahaja.


Selesai sudah 10 monumen yang pertama, yang merupakan monumen-monumen yang penting bagi kita umat Islam mahupon ahli-ahli Sejarahwan untuk mempelajari Sejarah Islam.

Dalam bahagian yang seterusnya, saya akan berkongsi 13 lagi monumen yang masih kita belom terokai.

Nantikan di bahagian yang seterusnya.

Jumpa Lagi. Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment