Monday 8 May 2017

B'beteng Taman Tamadun Islam Review

Hi semua!

Sebelum memulakan hari anda di dalam persekitaran Taman Tamadun Islam, lebih-lebih lagi di Monumen Park Kuala Terengganu, sudah semestinya anda wajib mengalas perut anda terlebih dahulu.

 

Restaurant B'beteng ni terletak bersebelahan dengan Monumen Park Kuala Terengganu, dimana menyajikan makanan campur ala-ala kampung.

Jom saya kongsi apa yang disediakan di B'beteng Restaurant ni.


~ B'beteng Taman Tamadun Islam Review - Makanan Campur ~

 

Restaurant ini banyak menyediakan makanan-makanan campur yang dimasak mengikut cita-rasa penduduk Terengganu ni. Ada masakan seperti masak cili, lemak dan sebagainya.

Yang paling power sekali di sini adalah masakan berunsur-unsur cili, sebab pedas dia lain macam.


~ B'beteng Taman Tamadun Islam Review - Yong Tau Fu ~

 

Kalau anda tidak ingin makan nasi, ini adala pilihan kedua. Yong Tau Fu, gabungan makanan-makanan beboola dan juga beberapa makanan yang telah diproses.

Selain dari itu, terdapat juga Pau-pau panas yang enak untuk dimakan dari RM 2.10 - RM 2.40 sebiji.


~ B'beteng Taman Tamadun Islam Review - Harga Minuman ~


 

Kalau nak diikutkan harga minuman di sini, memang agak mahal berbanding dengan harga di luar, tetapi harga untuk Jus adalah lebih murah di luar berbanding di sini. Mungkin pakai jus kordial?


~ B'beteng Taman Tamadun Islam Review - Pemandangan ~

 

Anda semua boleh menikmati pemandangan Sungai Terengganu sambil menikmati makanan yang anda semua beli. Yang paling best, ada Gazebo yang besar yang dapat mengelakkan anda semua dari kepanasan atau disirami air hujan.

~ B'beteng Taman Tamadun Islam Review - Kesimpulan ~

Secara kesimpulannya, lebih baik anda semua makan di luar daripada makan di sini kerana makanan di luar lebih variasi dan lebih murah jika berbanding dengan harga di sini.


Sampai di sini sahaja untuk post kali ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~

No comments:

Post a Comment