Monday 15 May 2017

De Tunggal Seafood Terengganu Review

Terdapat pelbagai masakan-masakan yang pelik-pelik tetapi sedap di persekitaran Kuala Terengganu ni, dimana beberapa masakan ini boleh didapati di Kedai De Tunggal Seafood.

 

Kedai iyang terletak lebih kurang di dalam lingkungan 2KM dari Lapangan Terbang Terengganu menyajikan masakan yang pasti dapat mengiurkan setiap pelanggannya.

Apakah masakannya yang begitu special sekali ini? Jom saya kongsi bersama-sama dengan anda semua.
~ De Tunggal Seafood Terengganu Review - Tomyum Udang Kelapa Muda ~

 

Nama pon sudah sedap, apatah lagi rasanya. Rasakuah tomyum yang pekat, dicampur dengan udang-udang yang besar (diantara 7-10 ekor mengikut berat) pasti akan menyebabkan air liur anda mengalir tanpa henti.

Apabila menghirup tomyam ini, terasa juga rasa kelapa yang telah menyerap masuk ke dalam tomyum, yang memberikan satu rasa yang unik bagi penggemar Tomyum ini.

Ada sekali kami sekeluarga datang untuk makan disini dan request untuk tukarkan udang ke ketam, tetapi mereka tidak dapat membuatnya. Kebarangkalian rasanya akan menjadi lain dan menjadi tidak sedap.


~ De Tunggal Seafood Terengganu Review - Stim Sotong Limau ~

 

Kita biasa mendengar masakan stim dengan asam boi, tetapi di Kedai De Tunggal Seafood ini menyediakan masakan stim dengan limau. Walaupon rasanya tidak semasam asam boi, tetapi hidangan ini lebih sihat berbanding dengan masakan stim asam boi.

Sotong yang dihidangkan adalah besar, dipotong kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pelanggan untuk menjamu selera.


~ De Tunggal Seafood Terengganu Review - Ketam Telur Masin ~

 

Meskipon namanya Ketam Telur Masin, tetapi rasa telur masinnya amat lembut. Kuah masakan ini dimasak dengan gabungan asas iaitu Kari dan juga Telur Masin (mungkin ada tambahan lain).

Ini lah yang dikatakan sebagai hidangan yang unik, dimana kebanyakan masakan sebegini menggunakan telur biasa berbanding telur masin.


~ De Tunggal Seafood Terengganu Review - Kesimpulan ~
Walaupon masih banyak hidangan yang disediakan, tetapi hidangan diatas ini lah yang menjadikan Kedai De Tunggal Seafood ini dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan tempatan dan juga luar negeri.

Sekiranya diberi peluang untuk saya datang semula ke sini, saya akan berkongsi dengan anda semua menu-menu yang lain.

Sampai disini sahaja post saya pada kali ini.

Jumpa kalian semua pada post yang lain.

Bubbyeee~

No comments:

Post a Comment