Monday 1 May 2017

Monumen Park Kuala Terengganu Review - Part 4

Salam semua!

Selamat datang ke post yang ke-empat dalam siri Monumen Park Kuala Terengganu. Kepada sesiapa yang masih belum baca post yang lepas, boleh klik link ni: Part 1, Part 2 dan Part 3.

 

Untuk post kali ni, saya akan berkongsi artifak-artifak yang ada didalam Muzium yang terletak dibawah Kubbah As-Sakhrah pula.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Muzium Kubbah As-Sakhrah ~

Muzium yang terletak dibawah Monumen Kubbah As-Sakhrah ini mempunyai aftifak-artifak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak benda yang kami perolehi dan pelajari dari koleksi-koleksi artifak disini.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok apakah artifak yang ada di sini~


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Pasir dan Tanah Al-Quds (Tanah Suci) ~

 

Seperti yang kita ambil maklum, didalam Kubbah As-Sakhrah atau lebih dikenali dengan nama Dome of the Rock mempunyai Batu yang terangkat ketika Nabi Muhammad s.a.w diangkat bertemu dengan Allah s.w.t didalam Peristiwa Isra' Mikraj.

Maka, di atas ini lah diantara jenis-jenis tanah dan pasir yang terdapat di persekitaran Dome of the Rock ini. Mungkin benda ini tidak memberi sebarang makna ketika dilihat, tetapi akan menjadi aftifak yang terpenting satu hari nanti.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Sejarah Palestine ~

 

Disebabkan Kubbah As-Sakhrah ini terletak di Palestine, maka sejarah Palestine juga turut menjadi perhatian kami. 

 

Merujuk kepada gambarajah diatas, Masjid Al-Aqsa dan juga Kubbah As-Sakhrah adalah 2 entiti yang berbeza. Ramai yang konfius, menyatakan bahawa kedua-dua struktur agung ini adalah sama tetapi sebenarnya berbeza.

Akan tetapi, jarak diantara kedua-dua struktur ini adalah bersebelahan dan banyak mengelirukan orang lain.

 

Gambaran diatas pula menunjukkan Tanah Palestine sejak dari tahun 1946 sehingga 2000. Dalam masa hanya 54 tahun, Israel telah berjaya menakluki hampir 90% tanah kepunyaan Palestine.

Pada masa kini, lebih dari 95% tanah Bumi Palestine telah ditakluki oleh Israel.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Batu-batu Al-Quds (Tanah Suci) ~

 

Di sini ada beberapa jenis ketulan batu-batu (kecil dan besar) yang diambil dari Al-Quds, dari kawasan daratan sehingga kawasan lautan (Batu Garam dari Laut Mati).


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Alat Musik Tradisional ~

 

Alat musik adalah satu instrumen yang tidak asing lagi di dunia ini, dimana masyarakat terdahulu juga menggunakan alat musik sebagai alat untuk mendakwah melalui lagu.

Antara peralatan yang digunakan adalah Gendang, Rebana dan Rebab.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Rempah dan Bijian ~

 

Tiada siapa dapat sangka yang biji tembikai dijadikan hidangan ringan sewaktu minum petang di kawasan Kubbah As-Sakhrah ini. Juga terdapat beberapa bijian yang dimakan ketika minum petang seperti biji bunga matahari, buah tin, kurma dan lain-lain lagi.

Bagi rempah-ratus yang digunakan pula, kebanyakan rempah yang digunakan adalah Kulit Kayu Manis atau Cinnamon.


~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Mata Wang ~

 

Kebanyakan syiling yang ada di dalam muzium ini merupakan syiling-syiling lama, lebih kurang pada tahun 1948, yang disumbangkan oleh Raja Mesir (Raja Farouk) semasa zaman kesusahan Perang Arab Israel.


Sampai disini sahaja perkongsian berkenaan dengan artifak-artifak yang terdapat di dalam Muzium Kubbah As-Sakhrah ini.

Pada post yang seterusnya, saya akan berkongsi artifak-artifak yang terdapat didalam Muzium yang terakhir di Monumen Park Kuala Terengganu ini.

Jumpa lagi di post yang lain.

Bubbyeee~

No comments:

Post a Comment