Monday 22 May 2017

Nasi Kukus Ayam Rempah Bangi Review

Bandar Baru Bangi ni banyak tempat-tempat makanan yang menarik kalau anda semua dapat mencarinya. Antara salah satu tempat yang menarik ni adalah Nasi Kukus Ayam Rempah.

 

Lokasi pilihan saya pada kali ini adalah Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah, yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (sebaris Proton Edar Bayangan Dinamik).
Ayamnya dimasak di kawasan luar kedai makan (laluan pejalan kaki) yang merupakan salah satu strategi pemasarannya. Ketika sedang masak, bau dan aroma nya naik menyebabkan sesiapa sahaja yang lalu akan berasa lapar.

 

Kedai ini menyediakan masakan yang panas-panas, lebih-lebih lagi ayam goreng rempahnya. Di sini lah anda boleh order makanan dan juga bahagian ayam untuk dijamu nanti.

 

Inilah rupanya nasi kukus pandan ayam goreng berempah yang disajikan kepada setiap pelanggan yang datang untuk makan di sini. Nampak menarik bukan?

Kuah yang disajikan sangat pekat dan juga sangat lazat. Nasi yang disediakan juga adalah panas dan dikeluarkan dari pengukus mengikut order pelanggan mereka.

Selain dari itu, Nasi Kukus ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran sambal cili api. Sambal cili api di sini tidak lah terlalu pedas, tetapi kepada penggemar yang inginkan lebih pedas, boleh minta sambal lebih.

Ramai pelanggan yang hadir ke sini untuk memakan Nasi Kukus ini, dimana terbukti kesedapannya dari setiap sudut.

Saya sudah cuba. Anda?

No comments:

Post a Comment