Thursday 11 May 2017

Pantai Batu Burok Terengganu Review

Salam Sejahtera semua!

Pada kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit aktiviti-aktiviti yang kami lakukan termasuk sekali aktiviti-aktiviti yang terdapat di Pantai Batu Burok Terengganu ini.

 

Terdapat kelebihan dan kekurangan di Pantai Batu Burok ini, jadi jom saya share satu-per-satu.
~ Pantai Batu Burok Terengganu Review - Tempat Parking ~

 

Kawasan ini biasanya akan menjadi terlalu penuh dengan pengunjung, lebih-lebih lagi ketika musim persekolahan. Justeru itu, tempat letak kenderaan sangat susah untuk diperolehi.

Di sini siap ada yang parking Double Layer lagi, tetapi kena ingat untuk tinggalkan No. Telephone di Dashboard kenderaan anda (lebih-lebih lagi yang membawa kereta).


~ Pantai Batu Burok Terengganu Review - Kawasan Pantai ~


 

Kawasan pantai di sini memang tidak sesuai untuk mandi disebabkan pantainya sangat dalam. Ianya direct access ke Laut China Selatan dan sangat berlainan dengan pantai di bahagian Barat Semenanjung Malaysia.


 

Walaupon tidak sesuai untuk mandi, Irfan tetap berjaya untuk membasahkan badan dia. Time tengah main-main di tepi pantai tu, boleh pula dia terjatuh dan kena air pantai, then senyum-senyum. Drama King betul..


~ Pantai Batu Burok Terengganu Review - Pemandangan Pantai ~


 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemandangan matahari timbul di perkarangan pantai ini memang cantik. 


 

Maka, bergambar lah kami sekeluarga disini~


~ Pantai Batu Burok Terengganu Review - Bermain Layang-Layang ~


 

Bila ada di pantai, dah semestinya aktiviti yang paling digemari adalah bermain Layang-Layang. Memang ramai pengunjung mahupon penduduk tempatan sendiri datang ke sini untuk bermain layang-layang.


 

Terdapat juga gerai yang menjual layang-layang di persekitaran pantai ini, bermula dengan harga RM 5 seunit.


~ Pantai Batu Burok Terengganu Review - Bermain Buaian ~


 

Selain daripada bermain Layang-Layang, bermain Buaian juga merupakan salah satu aktiviti riadah yang kemudiannya menjadi aktiviti mengambil gambar semata.

Semua yang berkunjung ke tempat ni semuanya akan mengambil gambar, termasuk kami juga. Hehehe~



Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Sebenarnya, terdapat barisan Food Truck di persekitaran tempat parking Pantai Batu Burok ini, tetapi disebabkan tujuan kami sekeluarga ke sini adalah untuk membawa Irfan bermain pasir.

Nantikan post saya yang seterusnya.

Jumpa lagi, Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment