Thursday 18 May 2017

Redup Rimba Corner Bangi Review

Salam sejahtera semua.

Untuk post kalini, saya akan berkongsi dengan anda semua salah satu tempat yang menarik di tengah-tengah Bandar Baru Bangi yang dinamakan Redup Rimba Corner Bangi.


 

Redup Rimba Corner Bangi ini terletak berhadapan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, bersebelahan dengan Taman Tasik Cempaka.

Kedai yang beroperasi pada hari Sabtu sehingga Khamis, bermula pada jam 11 pagi sehingga 7 malam ini sentiasa dibanjiri dengan pelanggan setiap hari menjelang waktu tengah hari sehingga ke petang.

Apa yang menarik tentang kedai makan ini yang sentiasa dibanjiri oleh pelanggan pada waktu tengah hari?

~ Redup Rimba Corner Bangi Review - Pemandangan ~


 

Pada waktu tengah hari, anda boleh makan sambil melihat pemandangan di Taman Tasik Cempaka dengan duduk di bawah pokok-pokok yang berada disekeliling kedai ini.

Pada waktu petang pula, banyak penduduk dipersekitaran ini menggunakan Taman Tasik Cempaka ini untuk bersenam dan berekriasi. Pemandangan yang tenang ini memang jarang didapati di dalam kawasan Bandar Baru Bangi ini.


~ Redup Rimba Corner Bangi Review - Cendol ~

 

Keunikan cendol yang dihidangkan amat berbeza apabila hadirnya bebola jeli yang berwarna merah dan hijau didalam hidangan cendol ini. Rasanya pula memang lazat; cukup gula dan cukup lemak santannya.


Ini adalah diantara menu pilihan pelanggan yang hadir di kedai ini.


~ Redup Rimba Corner Bangi Review - Laksa ~

 

Laksa juga adalah salah satu hidangan yang menjadi pilihan pelanggan yang hadir ke sini. Dihidangkan didalam bekas claypot, kuah laksa ini agak pekat dan sedap untuk dimakan.

 

Laksa yang dihidangkan disini tidal terlalu pedas, so kepada sesiapa yang gemarkan makanan yang pedas, boleh mengambil sebanyak boleh cili padi yang telah dipotong dalam saiz yang kecil.

Cili padi yang berada di dalam bekas ini memang pedas, maka kepada yang sukakan pedas memang dapat merasakan kenikmatannya.

~ Redup Rimba Corner Bangi Review - Makanan Pencuci Mulut ~

 

Sekiranya terasa inginkan makanan pencuci mulut, terdapat banyak selection yang anda boleh pilih di kedai ini. Antara makanan yang pelanggan gemari sebagai pencuci mulut adalah Buah-buahan dan juga Dadih.

 

Kuih-muih juga turut disediakan kepada pelanggan yang inginkan makanan yang light. Memang banyak pilihan yang boleh dibeli samada makan disini mahupun membawa pulang.


~ Redup Rimba Corner Bangi Review - Kesimpulan ~

Kedai ini memang menyediakan makanan yang sedap dimana Laksa dan juga Cendol yang disediakan disini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan yang inginkan makanan yang light ketika makan tengah hari dan juga petang.

Saya memang sarankan untuk datang ke sini dan merasakan Laksa yang juga merupakan specialty kedai ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang~

Bubbyeeee~~

No comments:

Post a Comment