Thursday 25 May 2017

Saudagaq Sup Junior Tg Malim Review

Penduduk di Tanjung Malim mahupun pelajar UPSI yang berada dipersekitaran ini mesti tidak ketinggalan untuk merasa menu sup di Saudagaq Sup Junior Tg Malim ni.

 

Kedai ini terletak di sebelah kiri sekiranya anda datang dari Highway Utara Selatan, menuju ke Bandar Tanjung Malim. Sudah namanya pon Saudagaq Sup, apa kata saya berkongsi menu sup yang saya makan ketika singgah disini.

~ Saudagaq Sup Junior Tg Malim Review - Aneka Sup ~

 

Bau sup dia saja dah mengiurkan saya bila duduk dikawasan luar kedai ini. Mana tidak nya, tempat penyediaan segala jenis sup ini diletakkan dikawasan hadapan kedai.

 

Untuk mendapatkan rasa isi yang sekata, saya order Sup Campur dimana segala jenis isi dimasukkan di dalam satu hidangan. Antara jenis isi yang dimasukkan adalah isi ayam, daging dan perut.

Setiap satu isi yang disediakan semuanya lembut, termasuk perut. Untuk sup nya pula, memang terasa pekat dengan rempah ratus bila saya rasa dan hirup. Memang nicee~

No comments:

Post a Comment