Wednesday 28 June 2017

Dataran Pahlawan Melaka Review

Dataran Pahlawan yang terletak ditengah-tengah Bandaraya Melaka juga merupakan salah satu pusat tumpuan para pelancong yang datang ke Melaka, terutamanya di waktu malam.

 

Pada waktu pagi dan petang, tidak banyak aktiviti yang berlangsung disini tetapi apabila di waktu malam kawasan Dataran Pahlawan ini sangat aktif. Jom saya kongsi aktiviti-aktiviti lazim yang berlaku disini.

Monday 26 June 2017

Pantai Klebang Melaka Review

Pantai Klebang adalah diantara Pantai yang terkenal di Negeri Melaka, terletak lebih kurang 3 - 4 KM dari Bandar Melaka, menjadi pusat tumpuan rekreasi bagi pelawat-pelawat ke negeri ini.

 

Jom saya kongsi serba sedikit aktiviti yang kami lakukan disini.

Thursday 22 June 2017

Park Avenue Court Apartment Melaka Review

Agak susah ingin mencari Apartment ini kerana kami sentiasa sampai di kawasan construction pada kali pertama datang melalui WAZE. Memang WAZE mengalami masalah apabila kami mencari Apartment ini.

 

Akhir sekali, kami terpaksa menelifon pemilik Park Avenue Court Apartment ini untuk mendapatkan lokasinya. Memang nampak special apabila kami sampai disini kerana dikelilingi oleh Apartment dan Pangsapuri yang agak uzur.

Disebabkan kaami book tempat ini melalui Booking.com, jom saya kongsi pengalaman kami menetap disini, ala-ala Family Retreat giteww~

Wednesday 21 June 2017

Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review

Saya tidak pernah tahu bahawa ada terdapat hotel boutique di kawasan Kuantan, lebih-lebih lagi berjarak lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Kuantan sehingga office saya menempah hotel ini untuk saya duduki ketika outstation.

 

Meskipun namanya tidak semenggah hotel yang bertaraf 4 ataupun 5 bintang, tetapi hotel ini menyediakan suasana yang sangat kondusif dan menarik.

Jom saya share suasana hotel ini serta kawasan-kawasan yang menarik didalam hotel ini.


Monday 19 June 2017

Putu Perak Warisan Meru Review

Kebiasaannya kita selalu mendengar Putu Buluh, Putu Piring dan sebagainya tetapi bagi yang menetap di kawasan Bandaraya ini, Putu Warisan ini sangat jauh berbeza berbanding Putu yang kita semua kenal.

 

Gerai Putu Perak Warisan ini terletak di jalan penghubung diantara Meru dan juga Kapar.

Disebabkan lain daripada yang lain, maka saya pon mengambil kesempatan ini untuk membuat review. Jom sama-sama kita terokai keunikan Putu Warisan ini.

Thursday 15 June 2017

Dinding Gelas Besar Tanjung Karang Review

Selain anda boleh mendapatkan coconut shake di Coconut Shake Pasir Penambang, anda juga boleh mendapatkan coconut shake yang lebih sedap di Restoran Dinding Gelas Besar Tanjung Karang juga.

 

Terletak didalam lingkungan 300 meter dari kedai Coconut Shake Pasir Penambang, Restoran Dinding Gelas Besar ini berada di sebelah kiri sekiranya anda dari Bandar Kuala Selangor.

Memang terbukti keenakkan coconut shake disini jika berbanding dengan di kedai Coconut Shake Pasir Penambang.

Wednesday 14 June 2017

Coconut Shake Pasir Penambang Review

Terlalu ramai sangat orang yang post berkenaan dengan Coconut Shake pasir Penambang ni, tetapi benar-benar sedap kah coconut shake yang dibuat di sini?

 

Sekiranya anda dari arah Kuala Selangor, Kedai Coconut Shake Pasir Penambang ini terletak di bahagian kanan. Sedap sangat kah coconut shake di sini?

Ingin tahu rasanya? Lihat komen saya di bawah ini.

Monday 12 June 2017

Iftar 2017 : D Patin MZ Ikan Patin, Bangi

Sekarang ini sudah masuk di Bulan Ramadhan, Tahun 1438 Hijrah dan pada tahun ini lah saya diberi kesempatan untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabat dengan berlaukkan Tempoyak Ikan Patin sebagai menu utama.

 

Segala-galanya terjawab apabila saya dijemput untuk membuka puasa di sebuah kedai di Desa Pinggiran Putra, berhampiran dengan Coffee Village sewaktu pelancaran kedai yang diberi nama D Patin MZ.

Menurut kepada pihak yang menjemput kami ke sini, tuan empunya kedai ini merupakan salah seorang tukang masak Y.A.B Perdana Menteri kita. Lazat ataupon tidak, jom saya share rasa makanan ketika berbuka puasa di sini.

Thursday 8 June 2017

Warong Soto Pasir Penambang Review

Sebaik sahaja selepas Bandar Kuala Selangor, di sebelah kanan (berhampiran dengan Cendol Durian Borhan) terdapat sebuah kedai yang pakar didalam menyediakan makanan ala-ala Jawa.

 

Warong Soto yang terletak di Pasir Penambang ini telah ditubuhkan sejak tahun 1977 lagi, dimana telah mencecah 40 tahun pada tahun ini (2017).

Jom saya berkongsi dengan anda semua makanan-makanan yang menarik yang boleh didapati di sini.

Wednesday 7 June 2017

Pondok Malindo Bangi Review

Pondok Malindo yang terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi ini menghidangkan makanan ala-ala Indonesian Style. Walaupon banyak jenis makanan Indonesia yang ada di Malaysia, tetapi makanan di kedai ini ternyata berbeza.

 

Kedai ini tidak ramai yang tahu dan makan, so kepada sesiapa yang memang gemarkan makanan masakan Indonesia, disini adalah tempat yang amat sesuai.

Jom kita terokai makanan Indonesia di sini~

Monday 5 June 2017

Texas Chicken Review - Extraordinary Chicken and Burger

Nama Texas Chicken agak baru bagi pengemar-pengemar Ayam Goreng KFC, tetapi tahukah anda semua bahawa Ayam Goreng Texas Chicken ini lebih sedap dan besar?

 

Pada awalnya, kami ingin mencuba sahaja merasakan Ayam Goreng disini, tetapi siapa sangka yang kami semua terus menjadi penggemar tegar Texas Chicken.

Pantang sahaja nampak Texas Chicken, pasti kami akan memanjangkan kaki kami ke sana. Jom saya kongsi kesedapan ayam goreng serta burger yang disediakan oleh Texas Chicken ini.

Thursday 1 June 2017

Teppanyaki Malaysia Review

Terlalu banyak masakan Jepun yang telah masuk ke dalam Malaysia, dimana kebanyakkannya telah diubahsuai kepada citarasa penduduk Malaysia itu sendiri.

 

Pada kali ini, saya akan berkongsi keenakan memakan di Restaurant Teppanyaki Malaysia. Restaurant ini banyak terletak di shopping complex di Seluruh Malaysia.