Wednesday 14 June 2017

Coconut Shake Pasir Penambang Review

Terlalu ramai sangat orang yang post berkenaan dengan Coconut Shake pasir Penambang ni, tetapi benar-benar sedap kah coconut shake yang dibuat di sini?

 

Sekiranya anda dari arah Kuala Selangor, Kedai Coconut Shake Pasir Penambang ini terletak di bahagian kanan. Sedap sangat kah coconut shake di sini?

Ingin tahu rasanya? Lihat komen saya di bawah ini.

~ Coconut Shake Pasir Penambang - Harga ~

 

Kawasan untuk membuat coconut shake ini terletak dibahagian pintu utama dan mempunyai ruang makan yang agak besar. Selain dari Coconut Shake, kedai ini juga menyediakan aneka hidangan yang lain.

Coconut Shake disini dibahagi kepada 3 jenis saiz; Kecil (RM 3.00), Sederhana (RM 5.00) dan Besar (RM 9.00).


~ Coconut Shake Pasir Penambang - Coconut Shake RM 9.00~

 

Ini lah rupanya Coconut Shake yang besar yang berharga RM 9.00. Nampak seperti sedap bukan? Tetapi adakah ianya benar-benar sedap? Ini komen saya.


~ Coconut Shake Pasir Penambang - Kesimpulan ~

Rasanya tidak begitu berlemak jika dibandingkan dengan coconut shake yang boleh didapati di kedai lain. Isinya yang terdiri daripada hasil blend ais, air kelapa dan juga isi kelapa sahaja ternyata tidak cukup lemaknya.

Meskipun diletakkan ice-cream vanila di atas minuman ini, tetapi ianya masih tidak dapat menandingi rasa coconut shake di tempat lain yang lebih berlemak.

Coconut shake ini sesuai untuk pelanggan yang inginkan coconut shake yang kurang lemak dan kurang manis.

 

Selain dari itu, sekiranya anda membeli coconut shake bersaiz besar, anda berpeluang memenangi cabutan bertuah setiap tahun menjelang tahun anniversary kedai ini.

Anda perlu mendapatkan 9 stamp kedai ini sebelum berpeluang untuk memasuki peraduan ini. Tiada tamat tempoh untuk setiap kad.

Sampai disini sahaja. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeeee~~

No comments:

Post a Comment