Wednesday 28 June 2017

Dataran Pahlawan Melaka Review

Dataran Pahlawan yang terletak ditengah-tengah Bandaraya Melaka juga merupakan salah satu pusat tumpuan para pelancong yang datang ke Melaka, terutamanya di waktu malam.

 

Pada waktu pagi dan petang, tidak banyak aktiviti yang berlangsung disini tetapi apabila di waktu malam kawasan Dataran Pahlawan ini sangat aktif. Jom saya kongsi aktiviti-aktiviti lazim yang berlaku disini.

~ Dataran Pahlawan Melaka Review - Menara Taming Sari ~

 

Dengan menaiki Menara Taming Sari ini, ada dapat melihat pemandangan diseluruh Bandar Melaka. Pada awalnya, anda akan mula menaiki menara ini di bawah dan apabila sudah cukup penumpang, tempat duduk menara tersebut akan naik ke puncak menara.

Apabila sampai di puncak, tempat duduk menara tersebut akan berpusing secara automatik dan perlahan-lahan untuk para penumpang menikmati pemandangan persekitaran Bandaraya Melaka ini.


~ Dataran Pahlawan Melaka Review - Live Band ~

 

Terletak ditapak Dataran Pahlawan, terdapat beberapa Live Band yang menyanyikan lagu-lagu terkini dan sensasi. Ramai yang memberikan tips kepada kumpulan-kumpulan Live Band ini, namun ramai juga yang hanya menyaksikan dan menikmati musik sahaja.


~ Dataran Pahlawan Melaka Review - Beca Berhias ~

 

Beca Berhias ini juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong-pelancong yang ingin melihat monumen-monumen penting di sekitar Dataran Pahlawan seperti Kota A Famosa dan lain-lain.

Terdapat pelbagai jenis Beca Berhias ini, ada yang dihiaskan dengan karakter-karakter kartun dan ada juga yang dihiaskan dengan lagu-lagu yang bertemakan beca masing-masing.


~ Dataran Pahlawan Melaka Review - Food Truck ~

 

Kepada sesiapa yang terasa kehausan dan juga kelaparan selepas menaiki Beca, Menara Taming Sari dan beriadah di Dataran Pahlawan, boleh singgah sebentar di Food Truck yang terletak di tempat letak kenderaan berhampiran dengan sini.

Tetapi anda semua lebih digalakkan untuk membawa makanan dan minuman dari tempat lain kerana harga-harga makanan dan minuman di sini agak mahal.


~ Dataran Pahlawan Melaka Review - Kesimpulan ~

Bagi sesiapaa yang inginkan aktiviti riadah, Dataran Pahlawan adalah tempat yang sesuai dimana terdapat taman disebelah Dataran ini. Untuk yang suka shopping, Dataran Pahlawan ini terletak berhampiran dengan Melaka Parade dan juga Pahlawan Mall.

Sampai disini sahaja post saya untuk kali ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyee~~

No comments:

Post a Comment