Monday 12 June 2017

Iftar 2017 : D Patin MZ Ikan Patin, Bangi

Sekarang ini sudah masuk di Bulan Ramadhan, Tahun 1438 Hijrah dan pada tahun ini lah saya diberi kesempatan untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabat dengan berlaukkan Tempoyak Ikan Patin sebagai menu utama.

 

Segala-galanya terjawab apabila saya dijemput untuk membuka puasa di sebuah kedai di Desa Pinggiran Putra, berhampiran dengan Coffee Village sewaktu pelancaran kedai yang diberi nama D Patin MZ.

Menurut kepada pihak yang menjemput kami ke sini, tuan empunya kedai ini merupakan salah seorang tukang masak Y.A.B Perdana Menteri kita. Lazat ataupon tidak, jom saya share rasa makanan ketika berbuka puasa di sini.

~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Tempoyak Ikan Patin ~

 

Inilah menu utama yang dihidangkan pada kami, iaitu Tempoyak Ikan Patin. Menu ini agak sukar untuk dibuat kerana Ikan Patin ini biasanya berbau hanyir (bagi mereka yang tidak pandai untuk memasaknya).

Tetapi rasa tempoyak ikan patin di sini memang boleh menyebabkan sesiapa yang makan di sini menjadi gila. Kesedapan kuahnya yang tidak terlalu pekat, kelembutan isi ikannya dan yang paling penting ikannya tidak berbau menjadi rebutan kami yang duduk semeja.


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Ayam Kampung Goreng ~

 

Selain dari menu utama iaitu ikan patin, kedai ini juga menyediakan ayam kampung goreng. Di luarnya nampak seperti keras tetapi sebenarnya tidaklah terlalu keras seperti masakan di kedai yang lain. Sudah semestinya isi dalamannya lembut dan juicy.


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Gulai Ketam ~

 

Apabila saya mengalami alergi terhadap makanan laut ini, banyak hidangan-hidangan yang saya tidak dapat rasai lagi. Tetapi, berdasarkan kepada kawan saya yang hadir bersama-sama, hidangan ini "Not Bad".


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Daging Gulai Kawah ~

 

Kuahnya mild-mild tetapi sedap dihirup dan tidak terlalu pedas. Dagingnya pula lembut, tetapi terdapat bahagian-bahagian lemak yang melekat bersama-sama dengan daging ini. Walaupon ramai yang menyukakan bahagian lemak ini, tetapi saya kurang menyukainya.


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Gulai Siput Sedut ~

 

Orang yang paling gemarkan siput sedut ini adalah sekuntum bunga yang datang bersama-sama dengan kami. Habis semua siput sedut yang di hidangkan di sini dihabiskan oleh beliau. Memang sedap katanya.


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Sambal Tempei Petai ~

 

Antara salah satu makanan kegemaranku, Sambal Tempei dan Petai. Sambal Tempei ini tidak digoreng sehingga garing tetapi dipotong sangat kecil sehingga senang untuk dimakan. Rasanya pula tidak terlalu pedas dan sangat sesuai dengan citarasa saya.


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Taugeh Goreng ~

 

Rasanya yang sangat fresh ketika saya menjamu hidangan ini menyebabkan saya menambah hidangan ini dengan banyak. Dimasak sekali didalam hidangan ini adalah udang, daun kuchai, fish cakes, dan lain-lain lagi.


~ D Patin MZ Ikan Patin Review - Kesimpulan ~

Makanan disini memang lazat, lebih-lebih lagi Tempoyak Ikan Patin. Apabila memikirkan tentang Tempoyak Ikan Patin, mesti akan teringat kedai ini.

 

Bukan sahaja kedai ini menyediakan makanan yang lazat, tetapi dekat dengan office kami.

Harga promosi sempena Bulan Ramadhan 1438H ini adalah RM 38 untuk seorang, dan anda boleh makan sehingga kenyang kerana mereka menyediakan set hidangan stail buffet.

Sampai disini sahaja dari saya.

Jumpa anda semua di post yang lain. Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment