Monday 5 June 2017

Texas Chicken Review - Extraordinary Chicken and Burger

Nama Texas Chicken agak baru bagi pengemar-pengemar Ayam Goreng KFC, tetapi tahukah anda semua bahawa Ayam Goreng Texas Chicken ini lebih sedap dan besar?

 

Pada awalnya, kami ingin mencuba sahaja merasakan Ayam Goreng disini, tetapi siapa sangka yang kami semua terus menjadi penggemar tegar Texas Chicken.

Pantang sahaja nampak Texas Chicken, pasti kami akan memanjangkan kaki kami ke sana. Jom saya kongsi kesedapan ayam goreng serta burger yang disediakan oleh Texas Chicken ini.

~ Texas Chicken Review - 2 Pcs Combo ~

 

Harga untuk set 2 Pcs Combo ini adalah RM 13.70 (harga yang lebih mahal sedikit berbanding dengan set ayam 2 Pcs KFC), didatangi dengan 2 ketul ayam goreng, 1 Honeycomb Cookies, 1 Coleslaw dan juga secawan kosong yang tiada air.

Hmm.. Kita teruskan..


~ Texas Chicken Review - Free Flow Drinks ~

 

Tidak perlu risau sekiranya anda dapat secawan air yang kosong, sebab di Texas Chicken ini, air yang disediakan adalah Free Flow. Tidak perlu nak tambah RM 1.50 untuk sebarang penukaran air seperti di kedai-kedai Fast Food yang lain.

Sangat untung kalau anda semua makan disini, sebab airnya boleh ditambah sesuka hati. Kalau ingin jimatkan kos (lebih-lebih lagi pasangan yang baru berkahwin), boleh order satu set dan satu ala-carte. Air boleh share~


~ Texas Chicken Review - Honeycomb Cookies ~

 

Meskipon namanya cookies, tetapi ianya lebih kepada muffin yang disaluti dengan madu. Rasanya yang manis di bahagian luar, lembut dibahagian dalam sangat sesuai menjadi makanan dimanja.

Sekiranya anda ingin membeli cookies ini sahaja, harganya adalah RM 1.95.


~ Texas Chicken Review - Fried Chicken ~

 

Kerangupan dibahagian luarnya mengalahkan ayam goreng KFC, tetapi masih tidak dapat menandingi ayam goreng McD yang baru-baru ini menjadi viral di laman sosial.

 

Meskipun harga set ini lebih mahal sedikit berbanding dengan KFC, tetapi terdapat beberapa kelebihan pada ayam goreng Texas Chicken ini.

1. Ayam yang disediakan adalah lebih besar dari ayam KFC.
2. Kandungan lemak yang kurang berbanding dengan ayam KFC.
3. Tidak terasa mual apabila makan ayam goreng Texas Chicken.


~ Texas Chicken Review - Coleslaw ~

 

Berbeza dengan KFC, tetapi hampir sama dengan Chicking, Coleslaw yang disediakan ini tidak berbentuk dadu-dadu kecil tetapi dipotong panjang-panjang. Terasa fresh apabila saya memakan coleslaw yang disediakan, tetapi isteri tetap sukakan coleslaw KFC, katanya dia seorang yang setia.

Hmm..


~ Texas Chicken Review - Mexicana Burger ~

 

Hidangan ini berharga RM 13.90 satu set (dapat sekali dengan air dan french fries) manakala kalau ala-carte berharga RM 9.90 sahaja. Mengikut menu, hidangan ini agak pedas.

Bila dapat makanan pon dah terliur saya, tambahan pula dengan slogan "The Crunch means Someone Cares", membawa maksud kerangupan yang teramat. Tetapi adakah benar-benar Mexicana Burger ini rangup?

 

Burger ayam yang dah semestinya rangup ditambah pula dengan kehadiran Taco diatas daging burger ayam tersebut memberi satu keunikan kepada burger ini. Inilah yang dikatakan kerangupan berganda. 

Selain daripada itu, burger ini juga turut didatangi dengan cheese, sayuran (salad dan tomato) serta mayonis.


~ Texas Chicken Review - Tex Wrap ~

 

Hidangan ini berharga RM 12.90 satu set (dapat sekali dengan air dan french fries) manakala kalau ala-carte berharga RM 8.90 sahaja. Mengikut menu, hidangan ini tidak sepedas hidangan mexicana.

 

Inilah rupa isi dalaman Tex Wrap, mempunyai ayam gorang, sayuran dan juga cheese. Untuk roti yang menyalut pula, rotinya tidak terlalu tebal dan tidak lah terlalu nipis.

Rasanya dah semestinya lebih sedap berbanding dengan set hidangan wrap dari KFC, dimana set ini lebih besar dan lebih banyak isinya.


~ Texas Chicken Review - Kesimpulan ~

Texas Chicken ini terbukti lebih sedap berbanding dengan set menu ayam goreng dari kedai-kedai Fast Food yang menyediakan menu yang sama.

Tetapi sekiranya dibandingkan dengan menu Ayam Goreng McD, Texas Chicken ini tetap menjadi pilihan hati saya.

Sekian dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~

No comments:

Post a Comment