Friday 28 July 2017

Iftar 2017 di Me' Nate Bangi

Pada bulan puasa yang lepas, kami sekeluarga telah berjaya memanjangkan kaki untuk berbuka puasa di Restoran Me' Nate Bangi.

 

Sebenarnya amat mudah untuk booking meja dan tempat disini, lebih-lebih lagi kalau anda ini kaki Last Minute buat keputusan. Ingin tahu?

Ayuh saya kongsi macam mana saya lakukannya. :)

~ Iftar 2017 di Me' Nate Bangi - Cara untuk booking ~

Terdapat pelbagai cara untuk buat booking ataupun reservation di Restoran Me' Nate Bangi. Salah satu daripada caranya adalah dengan membuat Booking secara di dalam Talian.

Mudah sahaja, cuma perlu dail 03-8922 0092 dan mula kan booking meja anda~

Kepada yang jenis suka terjah last minute baru dapat keputusan ingin berbuka disini, anda boleh bergerak terus ke Restoran Me Nate ini (disarankan dalam lingkungan sejam hingga dua jam sebelum waktu berbuka).

Di hadapan Restoran ini terdapat tempat ala-ala reception. Anda perlu terus ke tempat ini dan bertanyakan tentang kekosongan yang ada.

Kami tiba di Restoran ini lebih kurang pada jam 6.15 petang dan kami sangat bersyukur masih ada kekosongan di tingkat atas (Keseluruhan meja lebih kurang dalam 40 buah, dan meja kami adalah merupakan meja yang ke 33).

Ini bermaksud sekiranya anda datang ke Restoran sebelum jam 6.30 petang, Insya-Allah masih ada tempat kosong lagi.

Diharap agar post ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin berbuka di Me' Nate tetapi mempunyai tabiat membuat keputusan Last Minute.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyee~~~

No comments:

Post a Comment