Wednesday 12 July 2017

Nyonya Valley Cyberjaya Review

Terdapat banyak restoran-restoran yang menghidangkan makanan masakan Penang di Selangor, dan salah satu daripada restoran itu adalah Restoran Nyonya Valley yang terletak di Cyberjaya, kira-kira 400 meter dari Shaftbury Square.

 

Tidak sangka berlaku kerosakan di signboard Restoran Nyonya Valley ini sehingga pemilik restoran langsung tidak mengambil endah tentang hal ini.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling utama adalah rasa makanan di Restoran Nyonya Valley ini, betul kan?


~ Nyonya Valley Cyberjaya Review - Char Koay Teow ~

 

Antara makanan yang paling sedap disini adalah Char Koay Teow yang berharga RM 11.90, dimasak kering berbanding dengan Char Koay Teow yang kita selalu lihat. Disertakan sekali didalam Char Koay Teow ini adalah kerang, sayur taugeh dan juga telur yang telah dicincang.

Sekiranya anda jenis yang sukakan kepedasan, sangat sesuai hidangan ini dimakan dengan cili potong kicap. Pasti membuatkan anda teringat tentang hidangan ini.


~ Nyonya Valley Cyberjaya Review - Braised Seafood Rice ~

 

Apabila Nasi Goreng Seafood dimasak dan dihidangkan dengan kuah ala-ala kuah Kuey Teow Seafood, maka hidangan ini pasti akan membuatkan anda kenyang dan terasa muak dengan cepat.

Dengan harga Rm 13.90, makanan ini dihidangkan dengan sayuran seperti kubis cina dan cendawan, dan juga makanan laut seperti udang dan juga potongan Crab Roll.

Penggemar makanan fusion seperti ini disarankan supaya memakan makanan ini dengan cepat sebelum nasinya berkembang dan menjadi muak.


~ Nyonya Valley Cyberjaya Review - Once Scoop Vanilla Ice-Cream ~

 

Ice Cream yang berharga RM 3.90 ini sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut selepas anda menikmati hidangan di Restoran Nyonya Valley ini.


~ Nyonya Valley Cyberjaya Review - Kesimpulan ~

Terdapat beberapa jenis makanan yang sedap dan enak disini, tetapi sebelum anda order makanan itu, pastikan anda membaca dahulu description untuk setiap makanan tersebut supaya ia kena dengan citarasa anda.

Makanan disini agak mahal dan tidak ramai orang yang datang ke sini kecuali pada waktu kerja (Makan tengah hari / Lunch).

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyee~~

No comments:

Post a Comment