Wednesday 16 August 2017

HistoryCon Malaysia 2017 - Part 4 (Exhibition Hall Part B)

Bahagian ini merupakan bahagian yang kedua tentang pameran yang berlangsung sewaktu HistoryCon Malaysia 2017 di MAEPS Serdang baru-baru ini.

 

Sekiranya anda baru pertama kali membaca post ini dan anda ingin membaca post-post yang sebelumnya, anda boleh klik link ini >Part 1< >Part 2< >Part 3<

Tanpa membuang masa, saya akan terus berkongsi dengan anda pameran-pameran yang terdapat di HistoryCon Malaysia 2017 ini.

~ HistoryCon Malaysia 2017 - Super Bike ~

 

Terdapat pelbagai pameran berkenaan dengan motor berkuasa tinggi, tetapi motor yang berwarna hijau ini merupakan salah satu daya tarikan para penunggang motor berkuasa tinggi untuk hadir ke HistoryCon Malaysia 2017 ini.

Sekiranya anda memiliki rancangan History Channel di rumah, motor berkuasa tinggi ini adalah merupakan salah sebuah motor yang ditunggang oleh Jaime Dempsey didalam rancangan Hide N Seek.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Super Car ~

 

Pameran kenderaan berkuasa tinggi oleh Prince Lubricant juga turut menjadi tumpuan peminat-peminat kereta yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat biasa (seperti saya).

Selain daripada Ferrari Spider ini, terdapat banyak kenderaan yang berkuasa tinggi turut dipamerkan seperti Nissan Fairlady dan lain-lain.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Oldies Items ~

 

Tidak siapa pun yang sangka bahawa anda boleh mendapatkan barangan-barangan lama seperti Pemain Cakera Hitam, Telephone Dail dan macam-macam lagi di HistoryCon Malaysia ini.

Penggemar koleksi barangan lama pasti akan rambang mata untuk memilih dan membeli barangan-barangan disini.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Senjata Tradisional Melayu ~

 

"Sekiranya ianya ditempa dengan api, semuanya akan diuji". Itu lah merupakan moto kepada bahagian pameran yang memamerkan senjata-senjata Tradisional Melayu; Keris.

Setiap keris mempunyai ciri-ciri yang tertentu, berbeza diantara satu sama lain dengan ukiran-ukiran yang unik pada setiap hulu keris.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Kenderaan Bomba ~

 

Siapa sangka bahawa zaman dahulu kala, pihak bomba hanya menaiki basikal untuk memadam api kediaman atau tempat-tempat yang terbakar. Kemungkinan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, mungkin..

 

Melalui pameran HistoryCon Malaysia 2017 ini, anda berpeluang untuk menaiki basikal bomba dan juga lori Bomba yang lama (yang menggunakan loceng sebagai tanda kecemasan).

Saya sangat tertarik dengan mekanisma yang digunakan oleh lori Bomba yang lama ini, lebih-lebih lagi pada bahagian tangga kecemasan yang memerlukan tenaga untuk memusingnya untuk mengangkat tangga tersebut.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Dinosaur Ride ~

 

Ini merupakan salah satu daya tarikan untuk kanak-kanak yang ingin merasai menaiki Dinosaur seperti ini. Terdapat hampir 10 jenis dinosaur yang boleh ditunggang ketika HistoryCon Malaysia 2017 ini.


**********

Tamat sudah bahagian yang ke empat untuk post HistoryCon Malaysia ini. Setiap kawasan pameran semestinya mempunyai kawasan makan untuk pemamer dan juga pengunjung yang menghadirkan diri di sini.

Untuk post yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda kawasan yang menyediakan makanan dan juga diantara makanan-makanan yang diminati ramai sepanjang 3 hari ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~

1 comment:

  1. Menariknye History Con ni..x tau pun kewujudan pameran ni. Rugi nyer terlepas..

    ReplyDelete