Thursday 17 August 2017

HistoryCon Malaysia 2017 - Part 5 (Foodies)

Akhirnya kita sudah sampai di post yang terakhir berkenaan dengan HistoryCon Malaysia 2017 ini. Kepada anda yang baru pertama kali ke siri ini, anda boleh ke post yang sebelumnya melalui link ini >Part 1< >Part 2< >Part 3< >Part 4<

 

Terdapat dua kawasan untuk para pelawat untuk menjamu selera ketika menghadirkan diri di HistoryCon Malaysia 2017 ini.

~ HistoryCon Malaysia 2017 - Food Trucks ~

 

Terdapat hampir 10 food truck yang menapak di perkarangan Hall B dan C, tetapi hanya segelintir sahaja yang berjaya menarik perhatian kami disini.


 

Food truck yang pertama adalah food truck yang menjual minuman dan makanan berunsurkan mangga. Yes, memang benar, jus mangga yang disediakan di food truck ini sangat pekat dan lazat sekali.

Selain dari jus mangga asli, pulut mangga juga turut dijual di food truck ini. Harga untuk setiap satu agak berbaloi walaupun agak mahal.


 

Food truck yang kedua pula adalah food truck yang menjual Babarittos, sejenis makanan ala-ala Mexican yang berjaya menarik perhatian kawan-kawan saya di sini.

Harganya boleh tahan sampai boleh pengsan berbanding dengan kuantiti yang disediakan di Food Truck ini. Akan tetapi, disebabkan ianya unik, kawan-kawam saya tetap membelinya untuk merasai makanan ala-ala Mexico ini.


~ HistoryCon Malaysia 2017 - Food Booth ~


 

Selain daripada Food Truck, terdapat juga booth-booth yang menjual makanan sewaktu pameran HistoryCon Malaysia 2017 ini dilaksanakan.

Restoran Windmill yang terletak di Shah Alam Aeon Mall juga tidak melepaskan peluang untuk membuka booth sepanjang 3 hari dengan menjual makanan-makanan hidangan ala-ala Western dan Fusion kepada pelawat serta pemamer.


 

Chicken Chop menjadi pilihan saya untuk makan malam pada hari yang pertama. Meskipun harganya RM 9, anda juga akan mendapat minuman percuma iaitu Pink Guava Fruit Drink.

Selain dari itu, terdapat juga menu-menu yang lain seperti Spaghetti, Pasta dan lain-lain lagi


**********

Meskipun ianya merupakan event internasional, namun makanan-makanan yang disediakan sepanjang pameran ini adalah terhad dan juga mahal.

Kebarangkalian sewaan tapak oleh pihak penganjur agak tinggi yang menyebabkan harga untuk setiap makanan melambung tinggi.

Secara keseluruhan, makanan di sini walaupun agak mahal, tetapi cukup untuk memenuhi perut para pemamer yang sibuk untuk melayan pelawat-pelawat yang hadir ke HistoryCon Malaysia 2017 ini.

Sampai disini sahaja post saya berkenaan dengan HistoryCon Malaysia 2017. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~

No comments:

Post a Comment