Thursday 3 August 2017

Nasi Lemak Lava Sports Arena Review

Sudah sekian lama abang yang menjual nasi lemak ini menghilang, akhirnya beliau kembali berniaga semula di Sports Arena Cyberjaya isnin lalu.

 

Jauh berbeza kesedapan dan keunikkan berbanding dengan kedai-kedai yang lain, selaku penggemar nasi lemak, gerai ini boleh dikatakan menyediakan nasi lemak yang tersedap di Cyberjaya ini.

Tidak percaya cakap saya? Jom saya berkongsi dengan anda semua hidangan dan menu yang disediakan di gerai Nasi Lemak Lava ini.

~ Nasi Lemak Lava Sprts Arena Review - Menu Lauk ~

 

Kita sering kali mendengar lauk-lauk nasi lemak yang biasa iaitu sambal kerang, sambal paru dan juga telur goreng tetapi gerai ini turut menyediakan sambal lala yang jarang ditemui.


~ Nasi Lemak Lava Sports Arena Review - Sambal Lava ~

 

Inilah yang menjadi resepi kesedapan Nasi Lemak Lava ini, iaitu Sambal Lava yang dipenuhi dengan cebisan-cebisan bawang yang halus.

Meskipun warnanya kelihatan sangat merah seperti sangat pedas, namun ianya tidak sepedas yang anda jangkakan. Ianya mempunyai rasa kepedasan yang agak mild dan terdapat rasa-rasa kemanisan di dalam Sambal Lava ini.


~ Nasi Lemak Lava Sports Arena Review - Harga ~

 

Dihidangkan dengan Nasi Lemak berperisa pandan, harga menu Nasi Lemak Lava ini bermula dengan RM 2.00 yang terdiri daripada barangan asas.

Harga lauk-lauk pula bergantung kepada kuantiti yang anda ambil.


~ Nasi Lemak Lava Sports Arena Review - Kesimpulan ~

 

Gerai ini merupakan gerai kegemaran kami setiap pagi untuk bersarapankan Nasi Lemak yang lazat, hanya bertempatkan di Sports Arena sahaja.

Pemergian peniaga gerai ini selama 4 bulan amat dirasai oleh kami yang menjadi pelanggan tetap gerai ini, menyebabkan produktiviti kami di waktu pagi merundum jauh.

Tidak percaya, cuba lah Nasi Lemak Lava di Sports Arena Cyberjaya ini.

Sampai disini sahaja post saya untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeeee~~~

No comments:

Post a Comment