Thursday 24 August 2017

Zawara Coffee Review

Ramai yang mengatakan bahawa Cafe seperti ini menyediakan makanan yang mahal, tetapi tahukah anda bahawa Cafe seperti ini memang menjadi pusat tumpuan para pelajar Kolej dan Universiti?

 

Kita sering kali melihat cafe-cafe moden seperti Zawara Coffee ini di kawasan-kawasan bandar, tetapi dengan konsep yang ditawarkan kepada pelanggan mereka, harganya adalah berbaloi bagi saya.


~ Zawara Coffee Review - Environment ~


 

Tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap, suasana yang sungguh tenang menyebabkan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sama ada belajar, berdiskusi mahupun bersantai sambil menjamu hidangan yang disediakan.

Maaf ya cik kak, minta izin ambil gambar time awak study sebagai bukti. Huhuhu..


~ Zawara Coffee Review - Moroccan Lamb Burger Combo Fest ~


 

Selaku penggemar daging kambing, set Moroccan Lamb Burger yang disediakan di Zawara Coffee yang berharga RM 19.90 ini dapat memenuhi nafsu makan saya terutamanya berkonsepkan kambing.

Set ini didatangi dengan French Fries dan juga Sparkling Juice Soda. Untuk Sparkling Juice ini, anda boleh memilih pelbagai perasa bergantung kepada kedai yang anda lawati. 


 

Di antaranya perasa yang ada adalah Lemon Lime, Ginger Beer, Strawberry dan Apple. Meskipun terdapat nama-nama yang pelik seperti Ginger Beer, tetapi minuman ini adalah Halal (menurut pekerja kedai Zawara ini).

Sekiranya anda inginkan hidangan ala-carte sahaja, anda boleh mendapatkan Burger Moraccan Lamb ini dengan harga RM 15.00 sahaja.


~ Zawara Coffee Review - Honey Drumstick ~


 

Hidangan ini memang menjadi kegemaran kepada kaum wanita yang datang untuk bersantai, bersembang dan bergosip di Cafe Zawara Coffee ini.

Meskipun nampak seperti kecil, tetapi saiz dan kuantiti yang disediakan cukup untuk membuatkan anda ingin menambah lagi hidangan seperti ini.

Rasanya yang manis dan daging ayamnya yang lembut memang membuatkan anda lupa tentang diet anda.


~ Zawara Coffee Review - Churros ~


 

Luarannya yang rangup dan dalamannya yang empuk menyebabkan makanan ini diminati oleh para wanita yang inginkan snek di waktu petang.

Lebih menarik lagi, hidangan ini dihidangkan dengan sos yang istimewa, iaitu sos coklat cair. Diet? Sila campak ke dalam tong sampah.


**********

Hidangan Moroccan Lamb Burger ini memang sedap, menyebabkan saya sering kali datang ke Cafe Zawara Coffee ini untuk merasai hidangan ini.

Sampai disini sahaja post untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~~~~~

No comments:

Post a Comment