Wednesday 27 September 2017

My Melbourne Journey (Part 10) - Lake Mountain Part 2

Setibanya kami semua di Lake Mountain, selepas hampir 3 jam 30 minit di dalam kereta, sebelum memulakan aktiviti hari ini sudah semestinya kita menjamu makan tengah hari terlebih dahulu.

 

Meskipun kami sudah menjamu selera di sepanjang perjalanan dengan memakan biskut-biskut yang didatangi khas dari Malaysia, namun untuk memulakan aktiviti yang berat disini memerlukan hidangan yang lebih berat, iaitu nasi!

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9<<

~ My Melbourne Journey - Lunch at Lake Mountain ~

 

Gerratys Central merupakan lokasi kami untuk menjamu hidangan tengah hari, terletak diperkarangan Lake Mountain Alpine Resort.


 

Seakan-akan food court di Malaysia, Gerratys Central ini menyediakan tempat makan kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke sini.


 

Terdapat banyak variasi hidangan yang disediakan di sini, lebih-lebih lagi hidangan berasaskan pastry seperti Roti, Tart, dan lain-lain lagi.

 

Disebabkan kami ini orang Malaysia, nasi sudah semestinya menjadi hidangan utama kami di waktu tengah hari. Melalui package yang kami ambil di Melbourne ini, hidangan yang diberikan juga dijamin Halal kerana disediakan oleh orang Malaysia yang menetap di Melbourne.


 

Nampaknya anakanda saya ini sudah tidak sabar untuk bermain salji setelah mengisi perut masing-masing. Apa lagi, jom!


~ My Melbourne Journey - Playing with Snow at Lake Mountain ~


 

Sungguh luas pemandangan Lake Mountain yang telah diliputi dengan salji ini, memberikan kami teruja untuk bermain-main dengannya.


 

Ini lah dia rupa bentuk Toboggan yang kami sewa di Marysville berdasarkan kepada post saya yang sebelumnya (Part 9). Ianya boleh menampung muatan sebanyak 1 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Seterusnya adalah koleksi gambar-gambar yang diambil disepanjang kami berada di Lake Mountain ini. Saksikan lah~

 
Membawa Irfan dan Izzat menaiki bukit~


 
Cubaan turun bukit dengan Toboggan oleh orang yang gayat~


 
Izzat yang berjaya menemui Olaf~

 
Khemah Eskimo juga turut diterokai oleh Izzat~

 
Irfan dan Mommy yang mengetuai ekspedisi penerokaan di luar kawasan~

 
Sesi bergambar membelakangi kawasan hutan di Lake Mountain~

 
Swafoto satu kali.. Tapi Irfan tiada sebaab tengah main Toboggan~

 
 
Aktiviti mematahkan tulang belakang seorang suami~

 
Sesi berkhemah di hadapan Khemah Eskimo~

 
Sampai sekarang saya tidak faham motif gaya si Najwa ini~

 
Sesi Mommy dan Izzat melihat keindahan alam semula jadi~


 
Memberi sedikit sebanyak informasi berkenaan dengan salji kepada ahli Qariah~

 
Adegan bergusti diantara adik beradik di atas salji~

 
 
Bergambar di atas pagar kayu. Tangan tu memang legend~

 
 
 
Bergambar dengan tikus salji yang ditemui di Lake Mountain~

 
Berehat di dataran salji~

 
Bersama pokok yang diliputi dengan salji~

 
 
Bersama-sama dengan Snowman yang mommy buat~

 
 
 
 
Sesi bonding bersama~

 
Aksi solo Izzat yang sentiasa mencari sesuatu~

 
Aksi solo Irfan yang sentiasa dengan Toboggan dia~

 
Irfan yang berjaya mengangkat ketulan salji ke atas~

 
Irfan yang suka bermain dengan adiknya~

 
Izzat yang keletihan~

 
Dan Irfan yang kelaparan. Tidak dilupakan kaum hawa yang bergosipan~


**********

Inilah aktiviti kami ketika berada di Lake Mountain selama hampir 5 jam disini. Memang puas hati apabila berada disini, sehinggakan kami semua terasa amat letih untuk berjalan lagi.

Sesudah hampir jam 5.30 petang, kami pun mengundurkan diri ke Dolma Hotel semula untuk menempuhi keesokkan yang lebih mencabar dan mematahkan kaki.

Untuk post yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda pengalaman kami makan malam di sekitar Melbourne sebelum saya membuka pengalaman kami mengelilingi Bandar Melbourne.

Perjalanan untuk mencari makanan halal di Bandar Melbourne adalah pengalaman yang paling berharga bagi kami, dimana tiada siapa sangka bahawa kawasan hotel kami penuh dengan makanan yang Halal.

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Lake Mountain pada kali ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment