Thursday 14 September 2017

My Melbourne Journey (Part 5) - Australia's Castle Cove

Selepas selesai menjamu selera di Iluka Cafe, Apollo Bay, kami dibawa ke Castle Cove, terletak lebih kurang 15 minit dari pekan Apollo Bay.

 

Apa yang menarik di Casttle Cove ini adalah anda dapat melihat pemandangan di tepi lautan yang di sediakan oleh kerajaan tempatan. 

Sekiranya anda pertama kali membaca post saya berkenaan dengan Melbourne ini, anda boleh klik pautan untuk melihat bahagian-bahagian sebelum ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4<<

~ My Melbourne Journey - Great Ocean Walk ~

 

Mengikut masa-masa yang tertentu, anda dapat melihat dengan sendiri beberapa orang merentasi tempat ini dengan berjalan kaki menghala ke "The Twelves Apostles".

Menurut kepada papan tanda ini, perjalanan melalui the Great Ocean Walk ini mengambil masa hampir 4 hari secara keseluruhan, termasuk aktiviti memanjat bukit.

Untuk mengetahui aktiviti ini dengan lebih lanjut, anda boleh melayari laman web www.greatoceanwalk.com.au.


~ My Melbourne Journey - Castle Cove Scenery ~

 

Sejujurnya, pemandangan di sekitar Great Ocean Road ini semuanya cantik-cantik dan indah-indah semuanya.

Setiap penjuru kawasan ini dijaga dengan begitu rapi oleh kerajaan negeri, menjadikan Castle Cove ini salah sebuah National Park di bawah pelindungan Great Otway.

 

Di penghujung jalan terdapat sebuah platform yang membolehkan anda mengambil beberapa gambar dengan pemandangan lautan yang biru keputihan.

 

Jalan menghala ke platform ini berbukit-bukau, dan mempunyai beberapa tangga. Agak susah juga kami membawa stroller ketika mendaki kawasan ini.

Kawasan ini tidak memerlukan anda untuk berjalan dalam keadaan yang jauh kerana anda boleh sampai ke platform dalam amsa satu minit sahaja.

**********

Setelah kira-kira 15 minit berada di Castle Cove ini, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke tempat yang sangat terkenal di kalangan pelawat-pelawat yang melawat Melbourne, iaitu "The Twelves Apostles".

Nantikan post saya yang seterusnya yang pasti akan menarik perhatian anda untuk datang ke Melbourne ini.

Sampai disini sahaja untuk post ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment