Tuesday 17 October 2017

My Melbourne Journey (Part 18) - The Shrine of Remembrance

Dari kawasan yang dipenuhi dengan lukisan-lukisan cantik di Hosier Lane Melbourne, kami meneruskan perjalanan kami ke kawasan yang bersejarah pula, The Shrine of Remembrance.

 

Apa yang menarik tentang bangunan ini adalah sejarah Negara Australia yang dipamerkan di dalam bangunan ini.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya pada pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17<<

~ The Shrine of Remembrance - To The Shrine ~

 

The Shrine of Remembrance ini terletak di St Kilda Road, dengan jarak kira-kira 2.6 km dari Hosier Lane Melbourne. Untuk ke Shrine of Remembrance ini, anda harus berpatah semula ke Flinders Street Station dan menaiki Tram dari sini.

 

Perjalanan ke Shrine of Remembrance ini mengambil masa 12 minit sekiranya menaiki Tram. Jangan lupa untuk sentuh kad myki anda untuk ke sana.

Berlaku kepada sahabat kami ini sendiri dimana terdapat mata-mata yang menaiki Tram ini dan melihat penumpang yang menaiki Tram ini samada mereka menyentuh kad ataupun tidak.

Jika tidak, anda akan di saman serta merta~


~ The Shrine of Remembrance - Shrine's Pedestrian Walk ~

 

Memang ada Tram yang khususnya menurunkan penumpang betul-betul dihadapan Shrine of Remembrance ini.

 

Berjalan kaki menghala ke Shrine of Remembrance ini memang tidak memenatkan, dengan keadaan cuaca yang dingin dan tenang menyebabkan kami langsung tidak menitikkan peluh.

 

Ternyata sungguh berbeza dengan Malaysia dari segi kebersihan. Di sepanjang perjalanan kami berjalan kaki dari Stesen Tram ke Shrine of Remembrance ini, langsung tidak kelihatan sebarang sampah sarap di sekitar laluan pejalan kaki.

 
Sudah semestinya bila orang hendak bergambar, pasti akan ada yang mengacau~


~ The Shrine of Remembrance - Entrance ~

 

Apabila kami sampai di pintu masuk ke kawasan Shrine of Remembrance ini, boleh pula ada tangga. 

 

Kami yang membawa stroller ini pon apa lagi, terpaksa mengangkat stroller tersebut melepasi rintangan ini. Hey ho Hey ho~

 

Persatuan di Melbourne ini banyak yang menyediakan fasiliti-fasiliti untuk pelancong-pelancong yang hadir di Shrine ini, antara salah satunya adalah kerusi kayu yang terletak di kawasan Shrine of Remembrance ini.

 

Meskipun ianya baru persekitaran luaran Shrine of Remembrance ini, namun ianya cukup cantik dan indah dengan suasananya yang tenang.


~ The Shrine of Remembrance - The Shrine ~

 

Shrine of Remembrance ini merupakan khazanah negara yang menyimpan pelbagai artifak-artifak penting yang merupakan kenangan-kenangan berharga bagi penduduk di sini.

 

Lebih mengagumkan lagi, terdapat perkataan "Malay 1948 - 1960" terukir pada pintu masuk Shrine ini. Adakah ini bermaksud bahawa Malaya suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara yang penting pada kerajaan Australia ketika itu?

 

Selain daripada itu, di perkarangan pintu masuk Shrine ini, terdapat ukiran pada batu yang telah sudah berada disini sejak tahun 1927 lagi.

Sebelum saya berkongsi suasana di dalam Shrine ini, saya berkongsi dahulu ukiran yang ada di sekitar Shrine of Remembrance ini.

 
 
Ukiran ini boleh didapati di tepi Shrine of Remembrance~


~ The Shrine of Remembrance - Inner Shrine ~

 

Kawasan dalaman Shrine of Remembrance ini dipenuhi dengan artifak-artifak penting, yang merupakan khazanah negara Australia itu sendiri.

Di belakang gambar di atas adalah merupakan salah sebuah bendera negara Australia pada suatu ketika dahulu~


~ The Shrine of Remembrance - Upper Shrine ~

 

Di Shrine of Remembrance ini, anda boleh naik ke tingkat atas melalui tangga dalam untuk melihat pemandangan persekitaran Shrine ini, dan juga pemandangan jauh dari Bandar Melbourne.

 

Terdapat juga beberapa peringatan kepada pelancong-pelancong yang menaiki ke tingkat atas shrine ini; Dilarang untuk membuang sebarang objek dari tingkat atas ke bawah, termasuk duit syiling. Boleh masuk hospital kalau ada orang di bawah oii~~

 

Dari bawah, nampak macam semut sahaja apabila melihat kami berada di bahagian atas bengunan.

 

Tetapi apabila kami ingin turun ke bawah, ada pula yang merajuk tidak mahu turun ke bawah dan masih ingin di dukung untuk melihat mommy yang berada di bawah bangunan.

Tetapi cantik juga apabila saya tengok cara menangkap gambar ini (ada sedikit riak).


~ The Shrine of Remembrance - Memory Lane ~

 

Di sudut Memory Lane ini, saya akan berkongsi gambar-gambar hasil tangkapan kami di sepanjang berada di perkarangan Shrine of Remembrance ini.

 
With beloved mommy~

 
Izzat yang ingin melepaskan diri dari Irfan~

 
Chomelnyer.. Anak siapa lah ini~

 
Kesian Irfan kat belakang tu..

 
Ada penampakan Irfan dalam gambar ini~

 
Selfie di api yang tidak akan padam~

 
Baby talks~

 
Pemujaan ap.. maksud saya, sesi pemanasan tangan~

 
Selfie dengan kakak Aqila~

 
 
Pemandangan dari atas Shrine of Remembrance~

Sekian sahaja koleksi gambar-gambar yang diambil sewaktu kami berada di persekitaran kawasan Shrine of Remembrance ini. Jam sudah menunjukkan 4:10 petang dan kami masih mempunyai satu lagi tempat untuk kami lawati pada hari ini.

**********

Lokasi yang seterusnya adalah State Library Victoria, terletak di tengah-tengah bandar Melbourne. Sekiranya anda merasakan bahawa ianya adalah sebuah perpustakaan biasa, maka anda mungkin boleh berfikir untuk kali yang kedua.

Adakah pemikiran anda masih sama? Jika begitu, nantikan perkongsian kami ketika berada di State Library Victoria pula.

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Shrine of Remembrance. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment