Thursday 19 October 2017

My Melbourne Journey (Part 19) - State Library Victoria

Dari Shrine of Remembrance ke State Library Victoria dengan berjalan kaki sudah semestinya satu tindakan yang kurang bijak, dengan jaraknya lebih kurang 2.6KM.

 

State Library Victoria ini merupakan destinasi terakhir kami pada hari yang ketiga berada di Bumi Australia ini. Apakah yang menarik sangat tentang State Library Victoria ini?

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18<<

~ State Library Victoria - Travel by Tram ~

 

Disebabkan waktu kami menaiki Tram ini adalah waktu mereka habis kerja, maka memang agak padat suasana di dalam Tram ini. Apa yang menarik adalah rakyat-rakyat disini sangat peramah berbanding dengan rakyat di negara kita.

 

Seorang mak cik warganegara Australia yang sepatutnya duduk di kerusi bangun dan memberikan saya duduk. Itu lah dinamakan perikemanusiaan yang kurang didapati pada rakyat Malaysia itu sendiri.

Sudah semestinya saya tidak menerima pelawaan beliau, dan hanya mendapat tempat duduk apabila sampai di stesen yang berikutnya. Hormat orang tua, sayang orang muda!


~ State Library Victoria - Reaching the Library ~

 

Setelah 15 minit menaiki Tram, akhirnya kami sampai juga di hadapan State Library Victoria. Keadaan di hadapan State Library ini memang dipenuhi dengan orang yang lalu lalang, termasuk pelajar yang mengejar ilmu.

 

Bandaraya Melbourne ini juga merupakan bandaraya yang mementingkan kesenian, terbukti dengan senireka bentuk yang unik-unik. Sebagai contoh adalah tempat duduk di dalam gambar di atas.

 

Cuaca yang tenang dengan burung-burung merpati berterbangan di sekitar kawasan pintu masuk hadapan State Library Victoria memang merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai.

Selain dari itu, suasana seperti ini memberikan saya perasaan yang menenangkan dan kebebasan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

 

Terdapat juga ukiran-ukiran di sepanjang perjalanan ke pintu hadapan State Library Victoria, lebih kepada ukiran-ukiran berunsur haiwan-haiwan.


~ State Library Victoria - Citizen's Activities ~

 

Di perkarangan State Library Victoria ini terdapat beberapa kawasan yang membenarkan anda bermain catur dengan orang lain. Adakah anda seorang pakar dalam permainan catur?

 

Sekiranya anda seorang yang pakar bermain catur, mungkin anda harus cuba untuk bermain dengan pak cik ini. 

Mengikut gaya beliau, saya dapat merasakan bahawa beliau seorang Homeless, tetapi beliau tetap senyum dengan kami dan bercerita tempat-tempat yang perlu kami lawati.


~ State Library Victoria - Inner Library ~

 

Kawasan dalam State Library ini sungguh tenang. Dengan masuk secara percuma, anda boleh menela'ah buku-buku yang banyak mahupun berdiskusi diantara rakan-rakan anda.

Memang cantik kawasan dalam State Library Victoria ini, sumpah tidak tipu!

**********

Tamatlah sudah perjalanan kami pada hari yang ketiga di Bumi Australia ini. 

Meskipun saya banyak berkongsi dengan anda tempat-tempat menarik yang kami lawati pada hari ketiga ini, tetapi saya kurang berkongsi dengan anda tempat-tempat yang kami singgah sepanjang perjalanan kami ini.

Saya akan berkongsi dengan anda suasana di persekitaran Bandaraya Melbourne ini di post yang akan datang.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment