Wednesday 13 December 2017

Surabaya Travelicious (Part 2) - Walan Syariah Hotel Surabaya

Oleh kerana kami tiba di Surabaya pada lewat malam, maka kami terus menaiki kenderaan dan menuju ke Hotel Budget kami yang pertama di Surabaya; Walan Syariah Hotel Surabaya.

 

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surabaya (Juanda International Airport) ke Walan Syariah Hotel Surabaya ini di dalam lingkungan 2KM sahaja, mengambil masa kira-kira 7 minit sahaja.

Dengan harga RM 60 (200,000 Rupiah) sebilik untuk satu malam, Hotel ini amat sesuai kepada anda yang sudah berkeluarga.

Sekiranya anda pertama kali membaca edisi ini, anda boleh klik pautan ini untuk ke post yang sebelumnya >>Part 1<<

~ Walan Syariah Hotel Surabaya - Reception Hall ~

 

Di sini lah kami mendaftar diri untuk memasuki ke dalam bilik hotel yang telah ditempah. Pastikan anda menyediakan passport masing-masing sekiranya mereka memerlukannya bagi tujuan pendaftaran.

Password Wifi juga disediakan disini, namun sekiranya anda berada jauh dari kawasan ini, maka anda tidak dapat menerima signal wifi, termasuk ketika anda berada di dalam bilik hotel.

Maka, sekiranya anda ingin melayari Internet dengan menggunakan Wifi Hotel, anda harus berada di kawasan yang berhampiran.


~ Walan Syariah Hotel Surabaya - Hotel Room ~

 

Setelah selesai berurusan di Reception Hall, maka sudah tiba masanya untuk kita melihat bilik hotel yang telah kami tempah seminggu sebelum kami ke Bumi Surabaya ini.

 
Ruang tamu bilik Hotel.. Sungguh luas~

 
Di kawasan ruang tamu juga disediakan meja dan TV~

 
Kawasan dapur yang berada di dalam bilik. Izzat pula seronok bermain dengan telefon~

 
Bilik air yang agak special dimana kuncinya berada di luar, bukan di dalam bilik air. Hahaha~

 
 
 
Terdapat 2 bilik yang mempunyai Queen Bed dan Almari pada setiap bilik~


~ Walan Syariah Hotel Surabaya - Breakfast Time ~

 

Hotel ini juga menyediakan sarapan pagi untuk penghuni-penghuninya. Kawasan untuk bersarapan pagi ini terletak disebelah lif di kawasan Reception Hall.

 

Oleh disebabkan penguninya yang sikit, maka tiada hidangan buffet disediakan oleh pihak hotel. Namun, anda boleh memilih masakan panas yang disediakan oleh pihak hotel sebagai sarapan.

 
 

Kumpulan pertama yang saya maksudkan sebelum ini adalah terdiri daripada Abah, Ibu, Nana, Izzudin dan 2 orang anaknya yang tiba lebih awal di Surabaya.

**********

Sekiranya dibandingkan dengan harga sebuah bilik yang berharga RM 60 (200,000 Rupiah), memang hotel ini berbaloi untuk memberikan semula tenaga untuk memulakan perjalanan kami pada hari yang kedua.

Kemanakah hala tuju kami pada hari yang kedua? Nantikan post saya yang seterusnya.

Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment