Wednesday 10 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 14) - Kampung Lumbung Boutique Hotel, Kota Batu

Setelah kepenatan meronda pada hari yang ketiga, maka kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami yang terletak di Kota Batu pula. Nama lokasi ini adalah Kampung Lumbung Boutique Hotel yang terletak di Kota Batu, Jawa Timur.

 

Perjalanan kami dari Coban Rondo Waterfall ke tempat penginapan kami pada malam yang keempat ini mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menaiki kenderaan.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh melihat post yang lain melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13<<


~ Kampung Lumbung Boutique Hotel - The Rooms ~

 

Meskipun namanya Boutique Hotel, namun Kampung Lumbung ini memang jauh berbeza diantara Boutique Hotel - Boutique Hotel yang kita biasa duduk kerana terdapat 3 jenis bilik yang disediakan di sini; Superior, Deluxe dan juga Cottage.

 

Kami mengambil bilik Superior yang berharga lebih kurang 540,000 Rupiah (RM 180) semalaman setelah diskaun, dimana bilik ini mengandungi satu Katil Queen Size dan satu Katil Single Size. Ianya sudah mencukupi untuk kami sekeluarga.

Saya tidak dapat meletakkan gambar toilet yang terdapat dibilik kami disebabkan SD Card yang dibeli telah rosak. Namun, apa yang saya boleh katakan adalah Bilik Airnya sangat besar, luas dan juga nampak sungguh anggun dengan dinding dan lantai yang berwarna hitam pudar (Grey).

 

Memang telah ditakdirkan, Irfan telah jatuh katil sewaktu sedang tidur. Memang bengkak kepala Irfan dan saya telah membawanya ke Restaurant untuk mendapatkan beberapa ketulan ais untuk diletakkan diatas kepalanya.

Alhamdulillah, sekarang sudah surut bengkaknya dan kembali aktif seperti biasa.


~ Kampung Lumbung Boutique Hotel - Surroundings ~

 

Dipersekitaran kawasan Kampung Lumbung Boutique Hotel ini dipenuhi dengan tempat-tempat yang menarik, menarik untuk diterokai dan mengambil gambar bersama-sama.

Berikut adalah beberapa gambar kawasan yang menarik yang anda boleh bergambar.


 
 
 
Di kawasan Art Galeri di dalam Kampung Lumbung Boutique Hotel~

 
Pondok kayu Kampung Lumbung Boutique Hotel~

 
Dengan Wagon Kayu~

 
Dengan Kerusi Kayu~

 
 
 
Dengan Jambatan Kayu~

 
Dengan kawasan Spa~

 
Dengan pemandangan yang tenang dan nyaman~

 
Dan juga dengan papan tanda di dalam kawasan Kampung Lumbung Boutique Hotel~


~ Kampung Lumbung Boutique Hotel - Morning Breakfast ~

 

Kampung Lumbung Boutique Hotel ini juga menyediakan sarapan pagi untuk penghuni-penghuninya, namun lkasi untuk bersarapan pagi ini sukar untuk dijumpai pada mulanya.



 

Kawasan untuk bersarapan pagi ini terletak di kawasan bawah Art Gallery dengan menuruni tangga, bukannya terletak di Bistro. Maka, untuk ke sini, anda perlu melalui kawasan Spa dan juga kawasan Art Gallery.

 


Hidangan yang disediakan adalah berbentuk Buffet, tetapi disebabkan tidak ramai yang menghuni Kampung Lumbung Boutique Hotel ini, maka mereka menyediakan makanan utama berbentuk masakan panas untuk setiap orang berdasarkan pilihan masing-masing.

Kita lihat terlebih dahulu hidangan yang dihidang secara buffet yang dihidangkan di sini.

 
Set hidangan roti bakar~

 
Minuman manis dan juga panas~

 
Minuman manis perlu diletakkan gula yang secukupnya~

 
Izzat dengan Tok Abah~

 
Izzat dengan tangga~

Setelah selesai bersarapan, tiba lah masa untuk membuat aktiviti yang seterusnya; berenang di dalam swimming pool pula~


~ Kampung Lumbung Boutique Hotel - Swimming Pool ~

 

Swimming pool di Kampung Lumbung Boutique Hotel ini memang luas dan agak dalam, namun terdapat kawasan untuk kanak-kanak sebesar Irfan dan Mariam untuk bermandi bersama-sama.

 

Lokasi kolam renang ini terletak di hadapan dengan Hotel, memang mengujakan si kecil untuk masuk berendam di dalam kolam ini pada waktu pagi.

Seterusnya adalah beberapa gambar yang diambil ketika menjalankan aktiviti berenang di sini, sebagai kenang-kenangan kami di Surabaya.

 
 
 
 
 
 
 

**********

 

Memang menarik dan mengembirakan anak-anak jika dapat bermandi-manda di kolam renang disini. Tepat jam 12 tengah hari, kami semua daftar keluar dari Kampung Lumbung Boutique Hotel ini dan meneruskan perjalanan kami pada hari yang ke-empat pula.

Kemanakah hala tuju kami pada hari yang ke-empat ini pula?

Nantikan post saya yang seterusnya, dimana kami dibawa ke Jawa Timur Park 2 yang terletak tidak jauh dari Kampung Lumbung Boutique Hotel ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment