Thursday 11 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 15) - Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo - Part 1)

Setelah selesai mendaftar keluar dari Kampung Lumbung Boutique Hotel, kami meneruskan perjalanan kami pada hari yang ke-empat ini dengan menerokai Jawa Timur Park 2 yang terletak kira-kira 4KM dari Kampung Lumbung.

 

Jawa Timur Park 2 (atau lebih dikenali sebagai JATIM Park 2) ini memang sangat besar dan dangat luas, dimana kami diberi masa selama 4 jam untuk berada disini untuk melihat pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti di dalam ini.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14<<

~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Ticketing Counter ~

 

Kami berada di sini seawal jam 10.30 pagi waktu tempatan dan suasana di kawasan kaunter tiket ini masih belum penuh. Oleh disebabkan itu, kami telah berjaya beratur dan membeli tiket dengan jayanya.

 

Merujuk kepada ketinggian dari papan Ulat ini, kanak-kanak dibawah 50cm dapat masuk percuma, ketinggian diantara 50cm ke 85cm dapat masuk dengan tiket kanak-kanak dan ketinggian melebihi 85cm perlu membeli tiket dewasa.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Ticket Prices ~


Merujuk kepada gambar yang diambil diatas, harga tiket adalah bergantung kepada kawasan yang ingin dilawati. Di JATIM Park 2, harga tiket dibahagikan kepada 2 bahagian seperti dibawah.

Bahagian A
Batu Secret Zoo + Museum Satwa
120,000 Rupiah (RM 36)

atau

Bahagian C
Eco Green Park
70,000 Rupiah (RM 21)

Mengikut kepada package yang kami ambil, sudah semestinya kami mengambil Package Bahagian A.

 

Tiket pun sudah dibeli dan terima dengan jayanya. Apa lagi, jom kita masuk ke dalam Batu Secret Zoo!


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Towards the Main Entrance ~

 

Tempat masuk ke Batu Secret Zoo terletak dibahagian kanan kaunter penjualan tiket, kira-kira 30 saat dengan berjalan kaki ke lokasi ini.

 

Sudah semestinya sebelum kita masuk ke dalam, ada palang automatik yang dijaga oleh staff JATIM Park 2 untuk melekatkan tiket gelang ini di tangan pelawat.

 

Tiket pun telah digulung di pergelangan tangan. Kaki, badan dan tenaga telah bersedia untuk menempuhi perjalanan kami di sini.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - JATIM Park 2 Map ~

 

Sebelum menerokai JATIM Park 2 ini, adalah lebih baik sekiranya kita melihat terlebih dahulu peta keseluruhan JATIM Park 2 ini. Merujuk kepada peta ini, kawasan JATIM Park 2 dibahagi kepada beberapa bahagian; Zoo, Tapak Permainan (Theme Park) dan juga Museum Satwa.

Terasa ingin pengsan seketika tengok keluasan dan kebesaran JATIM Park 2 ini.

**********

Untuk mengelakkan diri dari pengsan, maka saya akan menyambung perkongsian saya pada post yang seterusnya. Saya akan memulakan perkongsian saya pada bahagian Zoo pada post yang seterusnya, diikuti dengan bahagian Theme Park dan diakhiri dengan Museum Satwa.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment