Monday 15 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 16) - Jawa Tiimur Park 2 (Batu Secret Zoo - Part 2)

Seperti yang telah dimaklumkan pada post yang pertama berkenaan dengan Batu Secret Zoo ini, kawasan Jawa Timur Park 2 ini dibahagikan kepada 3 bahagian; Zoo, Theme Park dan juga Museum Satwa.

 

Pada bahagian kedua ini, saya akan lebih berkongsikan pengalaman kami didalam Batu Secret Zoo (kawasan Zoo) yang terletak didalam kawasan Jawa Timur Park 2 atau lebih dikenali sebagai JATIM Park 2.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15<<

~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Myocastor Coypus ~

 

Myocastor Coypus (nama saintifik) atau lebih dikenali sebagai Tikus Air Raksasa ini berasal dari Amerika Selatan dinama berat seekor tikus ini boleh mencecah lebih kurang 20 kali ganda lebih berat dari tikus biasa (berat tikus biasa adalah 0.5kg manakala Tikus Air Raksasa ini mencecah seberat 10kg seekor).


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Monkey Zone ~

 

Simia Sciureus (nama saintifik) atau lebih dikenali sebagai Squirrel Monkey ini juga berasal daripada Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Spesis ini berisiko rendah untuk menjadi pupus pada masa akan datang.

Terdapat beberapa fakta menarik berkenaan dengan Squirrel Monkey ini. Ekor Monyet ini tidak dapat digunakan untuk memanjat mahupun bergayut, tetapi digunakan sebagai alat untuk mengimbangi dirinya ketika melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.

 

Seterusnya adalah Red-Tailed Guenon dan Greater Spot-Nosed Guenon yang berasal daripada Afrika. Monyet ini tergolong didalam golongan spesis yang terancam. Ekornya juga digunakan sebagai alat keseimbangan dan juga alat komunikasi diantara monyet yang lain.

 

Yang ketiga adalah Owa Kalimantan, spesis monyet yang berasal dari Kalimantan, Indonesia. Ini adalah monyet kegemaran kami kerana ianya mudah terhibur dan suka menghiburkan pelawat-pelawat yang datang ke Batu Secret Zoo ini.

 

Terdapat pelbagai jenis Monyet yang boleh anda lihat di Batu Secret Zoo ini seperti Wolf's Mona Monkey, Geoffroy's Tamarin, Golden-Headed Lion Tamarin, Pygmy Marmoset, Patas Monkey dan lain-lain.

 

Disebabkan terlalu banyak sangat yang saya ingin kongsikan, maka saya terpaksa memendekkan kawasan Monyet ini dan bergerak ke kawasan yang seterusnya.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Mammals Zone ~

 

Seterusnya kami menghala ke kawasan haiwan-haiwan Mamalia pula, dimana seperti yang kita ketahui, haiwan mamalia ini adalah terdiri daripada haiwan-haiwan yang berdarah panas seperti Gajah, Zirafah dan lain-lain.

 

Haiwan Mamalia yang pertama adalah Red Kangaroo yang berasal dari Australia. Ianya merupakan Kangaroo yang terbesar berasal dari Australia dan mampu melompat sejauh 8-9 meter dan setinggi 1.5 meter sekali lompatan.

 

Haiwan yang kedua adalah Babi Hutan Jawa, sub-spesis dari babi hutan liar dari Semenanjung Thailand-Malaysia dan beberapa pulau di Indonesia seperti Sumatera dan Jawa. Spesis ini mempunyai otak terkecil, susunan gigi primitif dan tubuh badan yang pendek.

 

Yang ketiga adalah Alpaka, berasal daripada Amerika Selatan yang hampir menyerupai dengan Ilama. Ianya tidak digunakan sebagai haiwan pengangkutan, tetapi bulunya diambil dan dijadikan sebagai bahan mentah untuk dijadikan baju sejuk dan lain-lain.

 

Memang banyak haiwan-haiwan mamalia yang boleh dilihat serta terdapat beberapa haiwan ini anda boleh pegang seperti Alpaka. Kawasan Mamalia ini sungguh besar, namun pengalaman kami di sini memang berbaloi.

 

Disebabkan perjalanan kami ini masih jauh, maka saya akan berkongsi pula pada kawasan yang seterusnya. Selamat tinggal kawasan Mamalia~


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Reptile Zone ~

 

Di dalam kawasan JATIM Park 2 juga terdapat kawasan Reptilia seperti biawak, mengkarung dan sama spesis dengannya. Kawasan ini tidak sebesar kawasan Monyet dan juga Mamalia, tetapi sekiranya anda masuk ke sini, sudah cukup untuk anda terasa takut dengan persekitaran yang gelap.

 

Reptilia pertama yang anda boleh lihat di dalam kawasan ini adalah Frill-necked Lizard yang boleh didapati di Australia Papua New Guinea. Sekiranya dibandingkan dengan biawak yang didapati di Malaysia, biawak ini dapat mengembangkan tengkuknya seperti Naga di dalam cerita dongeng.


 

Reptilia yang kedua adalah Yellow-spotted Monitor yang juga boleh didapati di Australia Papua New Guinea. Kebesaran biawak jenis ini tidak dapat mencapai kebesaran Biawak Komodo, namun ianya cukup besar dan berwarna kuning.


 

Reptilia yang ketiga merupakan reptilia keluaran Indonesia sendiri, yang diberi nama Biak Tree Monitor. Biawak jenis ini boleh didapati di Kepulauan Biak, dimana warna hijau biawak ini adalah bertujuan sebagai Camouflage dan juga sistem penyamaran diri dari pemangsa.


 

Terdapat lebih daripada 20 jenis spesis biawak dan mengkarung yang anda boleh lihat di dalam Batu Secret Zoo ini, dimana kebanyakkannya tidak dapat dilihat di Zoo-Zoo Malaysia.

Ianya sudah semestinya merupakan satu pengalaman yang berharga bagi kami kerana setiap biawak mahupun mengkarung di JATIM Park 2 ini memang menarik. Tiada siapa sangka bahawa terdapat juga biawak yang sangat merbahaya di dalam dunia ini.


**********

Untuk mengelakkan daripada post ini menjadi terlalu panjang, saya akan sambung untuk berkongsi dengan anda kawasan-kawasan lain yang menarik seperti kawasan Akuarium, kawasan Ular, kawasan burung, dan juga kawasan harimau pada post yang seterusnya.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment