Wednesday 24 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 20) - Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa)

Setelah selesai berada di dalam Batu Secret Zoo dan juga bermain-main di kawasan Theme Park selama 4 jam, maka kami singgah sebentar di Museum Satwa yang terletak bersebelahan dengan kawasan luar Batu Secret Zoo.

 

Menurut kepada informasi-informasi yang saya terima sebelum masuk ke dalam musem ini, kebanyakkan barangan yang diperagakan di dalam Museum Satwa ini adalah lebih kepada haiwan-haiwan dan bukannya barangan lama. Adakah benar?

Jom saya kongsikan dengan anda semua.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19<<


~ Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa) - Museum's Compound ~

 

Di perkarangan Museum Satwa ini terdapat beberapa ukiran berbentuk haiwan seperti anak gajah dan juga lembu, dilukis dan dicat mengikut kreativiti penduduk tempatan sebagai daya tarikan ke lokasi ini.

 
Antara lembu-lembu yang kasihan kerana diwarnakan sedemikian rupa~


 

Di perkarangan Museum Satwa ini juga mempunyai kawasan untuk anda menjamu selera disepanjang anda berada di kawasan ini, yang diberi nama Food Colony. Namun, tidak semuanya buka pada hari yang kami datang.


~ Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa) - Inner Museum ~

 

Sekiranya anda membeli tiket kemasukkan ke dalam Batu Secret Zoo dengan package yang saya maklum pada post yang sebelumnya (klik sini), maka anda dapat masuk ke dalam Museum ini dengan percuma sahaja.


~ Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa) - Mammal Zone ~

 

Haiwan-haiwan yang dipamerkan di dalam museum ini adalah berskala satu-nisbah-satu (1:1). Terdapat beberapa haiwan yang dipamerkan di dalam zon mamalia ini, termasuk Zirafah, Harimau Bintang, dan lain-lain.

 

Namun, apa yang membuat kami teruja adalah kulit-kulit haiwan ini adalah merupakan kulit dari haiwan yang sebenar, cuma bahagian dalaman sahaja bukannya berasal dari haiwan, tetapi dari patung. Terdapat beberapa haiwan yang anda boleh sentuh dan merasakan kulit haiwan tersebut dengan tangan sendiri. 

Dibawah adalah beberapa haiwan-haiwan yang anda boleh dapati di bahagian Mamalia ini.

 
Unta dari Australia~

 
 
 
 
 
Beberapa haiwan yang berada di dalam kawasan berkaca~

 
Kawasan kerangka ini boleh dilihat Kerangka Gajah~


~ Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa) - Aquatic Zone ~

 

Di kawasan akuatik juga memamerkan beberapa kehidupan laut yang diawet untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada pelawat yang datang di sini. Di atas adalah merupakan kerangka bagi ikan Paus, yang juga merupakan ikan yang terbesar di dalam laut.

Selain daripada ikan-ikan, banyak lagi hidupan laut yang dipamerkan disini seperti gambaran di bawah.

 
Kawasan bercengkerang~

 
Kawasan laut dalam. Kesian Jellyfish tu~


~ Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa) - Others ~

 

Selain daripada kawasan-kawasan yang telah saya kongsi diatas, terdapat juga kawasan-kawasan yang anda boleh lihat dan alaminya sendiri di dalam Museum Satwa ini.

Berikut adalah beberapa kawasan lain yang boleh didapati di dalam Museum Satwa ini.

 
Kawasan Kangaroo~

 
 
Kawasan burung-burung~

 
 
Kawasan Reptilia~

 
Kawasan Kutub Utara dan Kutub Selatan~

 
Kawasan Savannah atau Padang Pasir~


~ Jawa Timur Park 2 (Museum Satwa) - 3D Animal Art ~

 

Bukan sahaja Museum Satwa ini memamerkan hidupan-hidupan liar yang berada di atas darat mahupun di dalam lautan, tetapi di dalam Museum ini juga mempunyai beberapa lokasi yang menawarkan lukisan 3D kepada pengunjung.

 
Yang juga merupakan salah satu daripada seni 3D yang dipamerkan di dalam Museum ini~

**********

 

Secara keseluruhan, kunjungan kami ke Museum Satwa yang pada asalnya kami tidak ingin masuk memang terbukti berbaloi apabila disuruh masuk oleh Abah kami.

Memang banyak benda yang kami pelajari dan juga yang kami alami di dalam Museum ini sendiri. Saya memang menggalakkan anda yang hadir ke Batu Secret Museum ini untuk memanjangkan kaki ke Museum Satwa.

Akhirnya, tamat sudah pengembaraan kami di Jawa Timur Park 2 yang lebih dikenali sebagai JATIM Park 2 yang mengambil masa lebih dari 5 jam secara keseluruhan, namun kami tetap merasakan 5 jam ini adalah terlalu singkat untuk kami kerana banyak lokasi-lokasi yang terpaksa kami skip.

Untuk lokasi yang seterusnya sudah semestinya adalah lokasi untuk kami menjamu selera. Waktu tempatan sudah menunjukkan hampir jam 3 petang. Kemanakah hala tuju kami selepas ini?

Nantikan perkongsian saya pada post yang seterusnya. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment