Wednesday 28 February 2018

Family Day 2017 Lost World of Tambun

Disepanjang 3 hari dan 2 malam kami berada disini, pelbagai jenis aktiviti yang telah kami laksanakan, disusun rapi oleh event organizer yang telah dilantik.

 

Di sepanjang 3 hari ini, kami telah melakukan aktiviti seperti Barbecue, Team Building Activity, dan juga Treasure Hunting. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di dalam kawasan Lost World of Tambun dan aktiviti yang terakhir iaitu Gala Dinner pula dilaksanakan di dalam Lost World Hotel.

Jom saya kongsi dengan anda aktiviti-aktiviti yang telah kami laksanakan disini.


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun - Day 1 : Night Barbecue Session ~

 

Malam pertama menjadi kebiasaan pada setiap sesi Family Day ini adalah dengan menyambut kedatangan para staff ke Lost World of Tambun. Berdiri di tengah adalah Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif yang turut hadir menjayakan Family Day 2017 kali ini.

Begitu dahsyat pinggan-pinggan yang berada diatas meja. Maka, jom kita tengok hidangan makanan yang disediakan pada kali ini.

 
 
 
 
 
 
 

Memang terliur bila tengok hidangan-hidangan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Pelbagai jenis daging, makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga minuman turut menjadi pusat tumpuan staff yang kelaparan.

 
 

Sambutan hari lahir dan juga new born babies juga turut diraikan pada malam pertama ini. Alhamdulillah dapat juga kad dari peminat. Hahaha..

 
 

Terdapat juga beberapa pertunjukan yang ditawarkan di khemah kami, khususnya menyambut kehadiran kami semua di Lost World of Tambun.


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun - Day 1 : Free Night Time ~


 

Setelah puas menjamu selera, kami mengambil kesempatan ini untuk berada di kawasan Hot Spring yang terletak di dalam Lost World of Tambun. Hot Spring di sini terdiri daripada suhu-suhu yang berbeza, dimana suhu tertinggi yang boleh didapati disini adalah 40 Darjah Celsius.

 
 
Di kawasan Hot Spring~


 
 
Di kawasan renang berhampiran dengan khemah makan~


Setelah selesai urusan kami di kawasan ini, maka kami pulang ke Hotel untuk menempuh aktiviti yang akan kami lakukan keesokkan hari.


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun - Team Building ~


 

Bermula seawal jam 9 pagi selepas bersarapan pagi, kami sudah memulakan aktiviti bersenam dengan merenggangkan badan sebelum berlangsungnya beberapa aktiviti team building.


 
Senaman diketuai oleh Mohan~


 
 
 
 
 
 

Maka bermulalah aktiviti team building, dimulakan dengan aktiviti kanak-kanak terlebih dahulu.


 
 
 
 

Dan diteruskan dengan aktiviti untuk abang-abang sado pula~


 
 
 
 
 
 
 
 

Pada waktu petang pula berangsung aktiviti-aktiviti yang lebih ringan seperti Treasure Hunting dan juga Water Kayaking. Namun, tiada gambar yang dapat saya kongsi dengan anda semua disebabkan juru kamera sudah menghilangkan diri.


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun - Day 2 : Gala Night ~


 

Tema pada kali ini adalah Bollywood, maka disebabkan ianya bertemakan sedemikian rupa, dan saya pun telah membeli baju costume Assassin Creed, maka saya pon memakainya. Memang betul-betul lari tema kali ini.


 

Dipengerusikan oleh Saudara Anding dari Akademi Fantasia 2, malam ini menjadi titik yang amat bermakna bagi kami dimana kami dapat bersuka-ria tanpa berfikirkan tentang kerja untuk seketika waktu.

 
 
Pembuka bicara dari Datuk Madani Sahari~

 
 
Live Band~

 
 
Very lucky draw. Saya menang Air Cond~~

 
Family of the Year belongs to Kak Rosni~

 
Queen of the Year; Nadia~

 
King of The Year; Firdaaus~

 
My extended family~



Berakhirnya sesi Gala Dinner pada malam kedua menjadi tanda tertutupnya tirai Family Day kami di Lost World of Tambun dan juga Lost World Hotel.

Pada hari yang ketiga adalah lebih kepada aktiviti bebas dimana kami diberi tiket percuma untuk memasuki semula ke Lost World of Tambun untuk bersuka ria.

**********

No comments:

Post a Comment