Wednesday 7 February 2018

Surabaya Travelicious (Part 26) - Jambatan Merah Plaza, Surabaya

Pada hari terakhir (hari yang kelima) kami berada di Surabaya, sementara menanti masa penerbangan kami pulang ke Malaysia, Pak Supir membawa kami berjalan-jalan ke sebuah Shopping Mall yang diberi nama Jambatan Merah Plaza di Bandar Surabaya.

 

Tujuan asal kami untuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia membawa kami ke Shopping Mall yang terletak di Surabaya. Adakah pusat membeli belah disini sama dan serupa dengan pusat membeli belah di Malaysia?

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23, Part 24, Part 25<<


~ Jambatan Merah Plaza, Surabaya - Barby's Bread Shop ~

 

Roti-roti yang dijual di kedai roti Barby's ini sudah semestinya jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kedai roti yang kita boleh dapati di Malaysia. Bukan sahaja jauh lebih besar, tetapi lebih murah walaupun telah dikira dengan mata wang Malaysia Ringgit.

Berikut adalah beberapa jenis roti yang dijual di dalam kedai ini.


 
 


~ Jambatan Merah Plaza, Surabaya - Amanda Brownies ~


 

Antara banyak-banyak buah tangan, kami juga membawa pulang Brownies yang dijual di kiosk Amanda Brownies, terletak di dalam Jambatan Merah Plaza ini.


 

Harga yang ditawarkan untuk setiap kotak ini juga adalah murah jika dibandingkan dengan saiznya. Memang menjadi kegilaan mommy membeli Brownies ini dan membawanya pulang sebagai buah tangan di pejabatnya.


~ Jambatan Merah Plaza, Surabaya - Plaza Food Court ~

 

Disebabkan masih berada di Surabaya, maka kami mencari makanan Penyet lagi di Jambatan Merah Plaza ini. Di Medan Selera yang terletak di tingkat teratas plaza ini, anda boleh mendapatkannya (meskipun suasananya agak suram disini). 

Harga untuk hidangan Ayam Penyet disini adalah 20,000 ~ 25,000 Rupiah (bergantung kepada kedai).

 

Selain daripada set hidangan Ayam Penyet, saya turut mencuba set hidangan Nasi Madurasa yang berharga 27,000 Rupiah (RM 8.00) dimana ianya dihidangkan dengan daging, perut, telur dadar, nasi dan juga sambal special yang lain dengan sambal penyet.

Rasanya boleh tahan, namun tidak sesedap hidangan Nasi Ayam Penyet.

**********

 

Persinggahan terakhir kami kali ini tidak membuahkan hasil yang diingini kerana saya sebenarnya mencari buah tangan berbentuk key-chain ataupun fridge magnet di Jambatan Merah Plaza ini, namun tidak jumpa.

Setelah selesai berjalan-jalan memusing Jambatan Merah Plaza ini, maka kami terus berangkat ke Lapangan Terbang Surabaya semula untuk pulang ke tanah air tercinta, Malaysia setelah berada di Surabaya Indonesia selama 5 hari dan 4 malam.

Post yang seterusnya adalah post yang terakhir bagi edisi Surabaya Travelicious. Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment